Thursday, November 28, 2013

Condemn

Harun seorang mamat yang mempunyai akal yang bijak. Cuma dia ada satu problem sikit..

Kalau bab condemn orang, dialah juara.

Tak kiralah siapa, orang atas orang bawah orang tepi orang tengah, semua kena.

"Kau tau tak, sepatutnya diorang takleh buat camni.."

"Ni apa wakil rakyat makan gaji buta.. Benda camni takleh selesai.."

"Ini punya masalah simple pun nak minta bantuan itu ini.."

Itulah dialog biasa yang akan didengar kalau dok bersembang dengan dia kat kedai kopi. Kadang-kadang sampai muak aku dengar asyik ulang benda sama je.

Suatu hari, dia telah diberi amanah untuk menjawat satu jawatan penting. Katanya kena selia dan majukan sebuah kampung. Dan sejak haritu aku jarang dah berjumpa dengan dia.

Selepas sebulan, aku terserempak dengan Harun dekat kedai kopi.

"Weh, aku taktau lah nak buat camne.." keluh Harun

"Apasal?"

"Anak buah aku tu, sibuk duk pertikai apa aku buat. Lepas tu orang kampung lak banyak songeh. Sibuk dok kondem itu ini. Macamlah diorang yg buat kerja. Aku stress gile."

Selepas mendengar cerita Harun, aku terus ambil beg aku dan mencari sesuatu.

"Kau dok cari apa?"

"Mesin masa Doraemon.."

Deep :)


Sunday, November 17, 2013

Lari

Bukan semua perkara kita boleh berdepan dengan mudah. Kekadang, situasi itu sukar untuk kita hadapi.

Aku pernah berdepan dengan satu situasi ni.

Memang kebiasaan aku time cuti berjoging waktu pagi. Biasanya trek aku sekitar kawasan perumahan kt Seksyen 4 ni.

Dan biasanya aku akan berhadapan dengan anjing. Bukan anjing biasa. Anjing rabies.

Hari mula-mula, anjing tu cuma seekor.

So aku just acah baling batu and dia lari. Seekor je ape de hal.

Hari kedua mula berpasangan. Tapi ia masih tak mampu menghalang laluan.

Masuk hari ketiga..

Kali ni ak berhadapan dengan sekawanan anjing. Dan sah-sah deme tengok aku tanpa rasa cuak sikit pun.

Nak taknak aku terpaksa lari berpatah balik ke belakang. Woo naya oo kalau kena kekah dengan diorang.

Begitulah hari-hari seterusnya. Sampai akhirnya aku sedar. Kalau aku terus lari, sampai bila-bila anjing tu akan terus berkampung kat situ.

Akhirnya..

"Hello.. Majlis Perbandaran Kajang..."

Dan akhirnya aku dapat terus berjoging dengan tenang

:)

 

Friday, November 15, 2013

Ketentuan



Semalam, aku drive dr Bangi ke kampus untuk submit kertas kerja lawatan.

Otw perjalanan balik..

Allahuakbar.. Time2 tu jugak kereta mati.  Overheat kat Tol Bangi.

Mujurlah time tu betul2 dah masuk tol. Bukan tengah2 highway. Kalau tak mau cuak jugak.

Lalu aku terpaksa menunggu. Menunggu dan terus menunggu. Sampai tow truck datang nak tarik kereta. Dan banyaklah fulus-fulus yang terpaksa dihabiskan utk kos repair kereta.

Aku dok terfikir. Kenapalah masalah datang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ni.

Kereta rosak.
Mak sakit.
Ayah sakit.
Elaun dh nk habih.. (err.. tu aku yang cari penyakit..)

Dalam dok fikir-fikir.. Tetiba aku ternampak satu kertas.
"Sungguh Allah itu sebaik-baik perancang."
Ringkas. Tapi penuh makna.

Kita merancang. Allah merancang.

Tapi perancangan-Nya maha hebat

Kerana dia Maha Mengetahui. Baik yang tersurat, baik yg tersirat.

Dan dia tak akan membebankan hamba-Nya dengan segala yg mrk tak termampu.

Itulah yang menjadi penguat aku. Sekurang-kurangnya untuk hari ini. Dan hari-hari seterusnya.

Dan aku yakin dengan ketentuannya :)
لا يكلف الله نفسا الا وسعها 
"Allah tak akan membebankan seseorang hambanya itu melainkan apa yang dia mampu" (QS Al-Baqarah, 286)
"Along, nanti duit repair kereta bayar bayar sendiri ea.."

Dan aku termangu..

Wednesday, November 06, 2013

Hipokrit

Petang itu adalah petang yang memenatkan selepas seharian berjalan. Apa yang ada dalam kotak fikiranku hanyalah katil yang empuk dan nyaman. Kalau boleh kerusi dalam komuter ni pun boleh jadi port yang sesuai untuk 'landing'. Mengenangkan ada awek cun betul-betul kat depan, maka aku lupakan hasrat itu.

Awek cun tadi betul-betul menarik perhatian aku. Wajahnya putih berseri, pakaiannya ala-ala muslimah, masanya diisi dengan membaca Al-Quran di phone nya. Calon isteri mithali gittew..

"Hipokrit kan?"

Sapaan ikhlas orang sebelah mengejutkan aku.

"Dekat tempat public ni takyah tunjuk kita ni alim sangat. Biasa-biasa je. Kita ibadat bukan nak tunjuk kat sesiapa. Riyak tu.."

Aku cuma tersenyum. Sungguh, ramai manusia kini bercita-cita hendak menjadi tuhan.

"Kau tengok, aku tak suka betul kalau orang macam ni. Depan orang alim, mengaji bagai. Kat rumah tah tah solat tah ke mana. Ini semua hipokrit. Aku lagi selesa macam ni. Orang tengok aku macam ni, tapi ibadah aku tu bab aku dengan tuhan. Biar orang tak tahu kita macam mana, yang penting Dia tahu."

Terasa sakit telinga, lalu aku bertanya.

"Bro, bila kau tengok dia mengaji kau rasa apa?"

"Menyampah?"

"Kenapa?"

Diam tanpa jawapan. Aku membalas.

"Fitrah manusia ni mendorong ke arah kebaikan. Dalam hati kau tu, sebenarnya kau mengiyakan apa yang dia buat. Kau tau dia buat tu betul. Dan kau teringin nak buat macam dia."

Sunyi seketika.

"Tapi hati kau bertarung dengan diri kau. Diri kau kata taknak. Kau menidakkan apa yang hati kau nak. Kau menentang fitrah kau. Senang cerita kau cuba untuk menipu diri kau sendiri even hati kau nak kepada kebaikan tu.."

"UKM, sila awasi langkah anda.." komuter akhirnya tiba di stesen UKM. Beg plastik barang yang dibeli tadi dicapai.

"Siapa yang hipokrit sekarang?"

Aku berjalan keluar dari komuter, meninggalkan dia dengan senyuman yang sinis.



Sunday, February 10, 2013

Fakta Isu Air di Selangor



Pada tahun lepas SYABAS ingin melakukan catuan atas alasan air tidak mencukupi. Namun Kerajaan Negeri Selangor membuktikan bahawa air mentah di tujuh empangan melimpah. Air mentah yang di rawat tidak di edarkan dengan baik oleh Syabas krn pihak SYABAS tidak menyelenggara tangki mereka.

Isu seterusnya ialah apabila air terawat banyak yang hilang akibat paip bocor dan dan dicuri. Walaupun begitu SYABAS masih ingin menaikkan taraf/harga air sekalipun peratus NRW tidak mahu di turunkan. NRW(non revenue water) ialah kadar air yg hilang akibat paip bocor dan dicuri. NRW sekarang ialah 33%. Ini bermakna jika loji rawatan air SYABAS menghasilkan 100% unit air terawat, hanya 67% unit sahaja yang sampai ke tangan pengguna dan selebihnya tidak. Mengikut Perjanjian Penswastaan Air 2004, jika tarif air ingin di naikkan, peratus NRW perlu di turunkan. Walaubagaimanapun SYABAS masih berdegil menaikkan tarif air iaitu pada 2009-37% , 2012-25% , 2015-20%. SEDANGKAN PERATUS NRW MASIH TINGGI IAITU 33% ATAU KEHILANGAN 663 JUTA LITER SEHARI. Atas sebab itu Kerajaan Negeri mengambil langkah menyeekat kenaikan tarif air kerana SYABAS GAGAL menurunkan peratus NRW.

Isu ketiga ialah isu CAPEX yang dikatakan disekat oleh Kerajaan Negeri. CAPEX adalah duit awam yg di beri Kerajaan Negeri kepada SYABAS untuk mengurangkan NRW.

DAKWAAN SYABAS: penyelenggaraan air tidak dapat di lakukan dgn baik kerana kerajaan negeri sekat dana CAPEX ... 

HAKIKAT SEBENAR : kerajaan negeri menyekat CAPEX kerana SYABAS tidak membelanjakan CAPEX dgn betul 

Sebenanrnya berlaku ketirisan dana dalam CAPEX. Sebanyak RM 325 juta telah hilang. Berlaku konflik kepentingan SYABAS. Mereka menggunakan CAPEX untuk membeli paip daripada Syarikat milik Pengerusinya sendiri Tan Sri Rozali Ismail bernilai RM 375 juta. Duit CAPEX sebanyak RM 22 juta digunakan untuk mengubah suai pejabat. RM 600 juta telah di belanja melalui rundingan terus, satu proses yg dikritik oleh Ketua Audit Negara sendiri.

SYABAS membelanjakan CAPEX sehingga RM 1.69 juta tetapi NRW masih 33%. Menurut penjanjian SYABAS dengan Kerajaan Negeri Selangor, SYABAS perlu menurunkan NRW kepada 19.98% supaya Kerajaan Negeri Selangor boleh mengurus air untuk memberi khidmat terbaik dgn kos terendah untuk rakyat bukan untuk membuat untung mcm syarikat swasta. Ini bermakna Masalah NRW dapat diselesaikan supaya bekalan air cukup dan tidak dibazirkan. Kenaikan tarif di kekalkan 12% berbanding di bawah SYABAS 82%. Kerajaan Negeri menggunakan kaedah MODEL HOLISTIK untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan membuat untung seperti yg dilakukan Kerajaan Negeri sebelumnya.

Fakta dari seorang rakan. Sebarkan. Jangan biarkan fitnah terus melanda kita.

Wednesday, February 06, 2013

Checkmate


Status Update by XXXXX

Sedang aku syok2 makan kat kedai mamak kat area kedai aku ni, meja sebelah aku diduduki oleh sekumpulan 3 lelaki berpakaian tshirt sayangi selangor yakini BN. Salah sorgnya aku cam - insan yg kalah dgn hasan ali utk kerusi dun Gombak Setia masa PRU12 yg lepas. Cukup la aku namakan dia sebagai "datuk Y".

Suara depa berborak mmg kuat. Habis dikutuknya Pas dan PR. Seolah2 itu strategi depa - cakap kuat2 tarik perhatian ramai. Aku lak sambil menyadak megi goreng, jd pendengar je la.

Datuk Y : kadang2 tu saya x faham pembangkang ni. Habis kemudahan yg kerajaan sediakan diorg guna. Tapi lawan kerajaan. Tak reti bersyukur langsung!

Aku dah panas hati. Lalu aku pun menyampuk.

Aku : maaf datuk, rumah datuk kat changkat tu, kena bil air x?

Datuk Y terdiam.

Aku : saya yakin bil air datuk free je. So agak x molek la datuk makan kemudahan yg disediakan oleh kerajaan negeri tp datuk lawan kerajaan negeri, kan?

Datuk Y : apa pulak? Diorg dah janji, maka kena tunaikan la! Saya sebagai rakyat selangor pegang janji diorg.

Aku : mcm tu gak kerajaan pusat. Depa dah janji macam2 sejak 56 tahun yg lepas jd depa kena tunaikan la. Rakyat malaysia just gunakan apa yg menjadi hak depa jel . Lagipun, kemudahan mcm hospital la masjid la jalanraya la mmg TANGGUNJAWAB kerajaan pusat. Suka x suka, mmg kerajaan mana2 pun dalam dunia ni wajib buat. Air free pulak bukan kewajiban kerajaan negeri utk bagi tp depa bagi jugak sbb bagi kerajaan negeri, air tu kemudahan asas dan bukan barang niaga.

Datuk Y : setakat air percuma tu, apalah sangat. Awak x baca ke kerajaan pembangkang ni kalah saman pasal x tunai janji?

Aku : maaf lagi sekali datuk. Datuk cuba baca btul2 - kerajaan negeri gagal ketepikan saman je, bukan kalah saman. Saman tu belum dibicarakan pun. Beza besar kat situ datuk.

Datuk Y : pokoknya kerajaan pembangkang ni gagal menunaikan tanggungjawab diorg. Ada je ibu tunggal x dapat bantuan yg diorg janji, ada je org yg x dapat air..

Aku : pasal org x dapat air tu, kalau datuk kaji semuanya adalah penghuni apartment atau flat atau kondo yg menggunakan sistem central billing hasil perjanjian depa dgn syabas sejak zaman BN perintah. Kita x leh ketepikan agreement tu sesenang. Tp berapa kerat sgt yg x dapat air free tu berbanding yg dapat? Datuk sendiri dapat apa

Saya nak tanya datuk - mak saya layak dapat BR1M tapi dia x dapat. Kenapa?

Datuk Y : mungkin dia x mendaftar. Siapa suruh? Bukankah kita dah bagitau kaedah dan cara utk pohon BR1M?

Aku : mcm tu gak skim ibu tunggal dgn skim anak2 masuk U tu. Sapa suh depa x mendaftar dgn kerajaan negeri? Pi pejabat daerah masing2, daftar je la. Ini daftar pun xnak, bodoh sombong, pastu bila x dpt mula la nak saman sana sini.

Pasal khairat kematian tu pun sama - kerajaan negeri amanahkan kpd semua khairat kematian masjid surau di seluruh selangor utk sentiasa update kpd kerajaan negeri tp banyak je masjid surau terutamanya yg dikuasai puak Ummo x buat mcm tu. Bila penduduk tanya, mula la fitnah kerajaan negeri x bagi la apa la tapi hakikatnya depa yg dok mendajalkan penduduk qariah sendiri.

Geng BN terdiam. Org ramai makin perhatikan kami aku tgk.

Aku : alhamdulillah, x sampai 5 tahun kerajaan PR memerintah selangor, satu demi satu kebaikan kami dapat. Bukan sekadar bentuk fizikal tp bentuk spiritual jugak. Kalau dulu, setiap kali tahun baru balik2 konsert je yg dihidang pada kami tapi sejak PR memerintah, majlis ilmu yg dianjurkan. Anak muda makin lama makin cakna agama. No disrespect, datuk - tp jika rakyat undi balik Umno BN memegang selangor, depa ambik langkah yg amat2 terkebelakang.

Datuk Y : err..okey la. Saya ada mesyuarat ni. Assalamualaikum (lalu dia dan geng BN dia bangun)

Kesimpulannya - dgn pengundi saluran 1 boleh la korg kencing :)


Monday, January 14, 2013

Ulama' ma'sum dan rakyat Khawarij


Sedih melihat masyarakat kita sekarang.

Bagaimana seorang yang berilmu boleh mengkafirkan dan menyesatkan sesiapa sahaja. 

Sehinggakan seorang Ulama' Mujtahid pun di'Khawarij'kan..

Adakah mereka2 ini lebih tinggi ilmunya dari Ulama' tersohor ini? 

Sungguh ini keterlaluan. Bagaimana seorang ulama' tanpa segan silu meng'khawarij'kan orang tanpa nas yang sah. 

Adakah fahaman politik mengatasi ilmu dan hukum? Sehingga keduanya mesti mengikut fahaman politik?

Khawarijkah mereka yang menentang kezaliman?

Khawarijkah mereka yang menuntut hak?

Kebobrokan yang berlaku di sekitar kita, yang dirosakkan sendiri oleh tangan-tangan kotor yang berkuasa. Di mana mereka pada saat ini?

Di saat anak muda kita dibebani hedonisme melampau?

Di saat anak muda kita dilanda kemerosotan akhlak?

Mereka di bilik kuliah sedang pong pang mengutuk dan menyesatkan orang yang tak sependapat dengan mereka..

Bertopengkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, mrk mengutuk orang lain.

Tak apalah. Mungkin mereka ma'sum. Mereka yang betul. Tiada salah pada mereka.

Dan kami ini Khawarij. Maka terimalah hakikatnya. 

Semoga Khawarij inilah yang akan memartabatkan Islam di Malaysia.

 “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya ; ketika itu orang-orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai para pengkhianat dan tidak mempercayai para pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara.”  Rasulullah SAW ditanya “Apakah itu Ruwaibidhah ?”  Lalu Rasulullah menyebut bahawa, “Ruwaibidhah adalah orang-orang bodoh (yang berbicara) tentang urusan umat.” (Riwayat  Ibnu Majah dari Abu Hurairah )
 “Katakanlah, apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya. Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. (Surah  Al Kahfi, ayat 103-104)

Fatwa dari Sahibus Samahah Syeikh2 ASWJ terulung Malaysia
Gambar aq semasa perhimpunan golongan 'khawarij' di Malaysia..
Oh Khawarijkah aku? :)

Tuesday, January 08, 2013

2013. Jom. Upgrade

2013. Tahun Baru Masihi bermula lagi. kini kita sudah memasuki fasa baru, azam baru, misi baru, cita-cita baru, bini baru (huh? :o)..

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara segar 2013. Masa untuk kita settlekan perkara yang belum setel. Bagi yang baru masuk sweet 18 tu, masa nilah untuk anda 'membalas dendam' pada hidup anda yang lifeless tahun2 lepas dan enjoy sepuasnya menikmati hidup sebagai budak-dah-abes-sekolah.. Oh enjoy ke? Plizzzz.. *tangankebahumatakeatas

Walau apapun misi dan azam kita pada tahun baru ini, mari kita layangkan minda ke atas sekejap. Setiap perkara pasti ada sebab dan musababnya. Apakah kita masih dihidupkan untuk tahun 2013 ini tanpa tujuan? Atau hanya untuk mengecapi keseronokan dunia yang seperti tiada penghujungnya?

Ternganga sebentar.


"Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"
QS Al-Mu'minun, 23:115

Dush.. Terpukul..

Come on guys, kita upgrade diri kita. Tahun ini kita tingkatkan azam kita untuk menjadi insan berguna dan hamba-Nya yang bertakwa. mari kita kutip sebanyak mungkin keredhaan-Nya dan mencari semaksima mungkin keampunan-Nya. Takkanlah kita nak masih berada di takuk lama kot.. Takkan kita nak cari peningkatan dari segi duniawi tapi tidak dari segi ukhrawi kan? :)

"Ala kau nie, aku solat 5 waktu. Puasa sebulan Ramadhan. Tak cukup lagi ke?"

Hoho, sebab tu lah kita kena upgrade. Takkan kita cuma nak buat perkara wajib je kan? Apa salahnya kita tambahkan lagi amalan kita.

Kalau sebelum ini kita solat 5 waktu tanpa miss dan merasai kenikmatannya, apa kata kita tambah kenikmatan kita dengan solat dhuha di waktu pagi atau solat tahajjud di waktu malam. Kalau sebelum ini kita berpuasa sebulan, apa kita tambahkan dengan puasa sunat Isnin dan Khamis. Kalau sebelum ni kita cuma spend 5 minit sehari mentadabbur Al-Quran, apa kata kita tambah 5 minit lagi. 10 minit kita boleh habiskan satu mukasurat, satu bulan satu juzu'.. Wow, ini sungguh ohsem..

Mari kita ubah diri kita. Dari sorang hamba yang excellent kepada super excellent.. Dari tahap keimanan yang Wow! menjadi Super Wow!.. Dan mari kita memburu chenta Nya dengan menjadi Hamba-Nya yang super ohsem dari hamba-hamba-Nya yang lain..  Dan tak mustahil dengan kita upgrade diri kita kita dapat mengupgrade orang-orang lain di sekitar kita.

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."
QS Al-Kahfi, 18:13

2013. Mari kita menjadi agen perubahan.. :)



*post pertama selepas setahun menyepi.. sori  :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...