Tuesday, October 11, 2016

2016: CERITA BARU, AZAM BARU, AMANAH BARU

Dah dekat dua tahun aku tak update blog ni. Last post aku 24 Disember 2014, memang bersawang habis. Cuma dua tahun menyepi bukan bermakna aku dah berhenti menulis. Dalam tahun ni sahaja aku dah berjaya collaborate untuk penghasilan 2 e-book keluaran Projek Anak Muda Islam (PAMI), 3 artikel aku masuk newspaper, dan 5 artikel diterbitkan di media elektronik (ok bagi can aku nak riyak kejap lol..) Cuma mungkin tahun lepas aku tak banyak masa untuk update semua tulisan-tulisan aku dalam blog ni kot. Nantilah kalau free aku publish semula sini.


Buku aku yang kaler hijau dengan kelabu. Kalau siapa nak boleh PM abang..

Dua tahun berlalu pantas, banyak kisah dan hikayat berputar seiring peredaran waktu. Dan tahun lepas adalah tahun yang paling mencabar. Menggalas amanah sebagai Timbalan Presiden 1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang (atau nama daftarnya Syariah Law Club) bukan satu tugas yang mudah. Beban berat jatuh kedebuk atas bahu kau untuk menjaga kebajikan lebih kurang 1300 pelajar di FSU. Namun setahun itu aku lalui dengan penuh jaya, sekurang-kurangnya adalah beberapa legasi yang kami tinggalkan untuk diteruskan pimpinan yang baru.

Dan setahun itu mengajar aku banyak benda, yang paling jelas ia banyak mengubah hidup aku. Kau mungkin tak percaya seorang Nazrul yang keyboard warrior cakap berdegang dalam FB Twitter tiba-tiba jadi cool tak mudah melatah (serius ah?). Dari orang yang kepala batu dan suka shoot orang cakap main lepas tiba-tiba boleh jadi seorang diplomat yang boleh berunding dan berbincang. Entah aku pun tak faham kenapa hahaha. Cuma selepas setahun memegang tampuk kepimpinan, aku terus buat keputusan untuk berhenti dan jadi budak biasa. Aku nak mulakan life baru dan rangka pelan 3 tahun Nazrul di USIM, antaranya berniaga cendol dan kumpul duit kahwin (lol).

Sebelum bermula sesi akademik 2016/2017, ramai yang dah approach aku untuk bertanding MPP. And aku tegas dengan keputusan menolak untuk bertanding. Cukuplah setahun, bagilah peluang dekat orang lain pula. Orang yang rapat dengan aku mesti tahu betapa firm nya aku taknak masuk bertanding.

Tapi betullah, kita hanya mampu merancang tapi Allah mengatur segalanya. Pelan yang dirancang selama 3 bulan akhirnya ranap dalam masa sejam 30 minit. Kenapa boleh berubah biarlah ia kekal sebagai cerita tak didendang. Cuma once aku buat keputusan nak beli borang pencalonan tu, dia punya cuak Masya Allah hanya Tuhan yang tahu. Tapi keputusan dah dibuat so nak tak nak aku kena redha je lah. Walaupun ramai yang boleh jangka aku akan bertanding, tapi agak kejutan jugalah bila orang dapat tahu aku hanya bertanding kerusi Fakulti bukan Umum. Malas doh bertanding umum, fakulti pun dah cukup penat dah.

Teaser sebelum beli borang pencalonan, masa ni aku sepatutnya hanyalah pencadang Irfan dan taktau yang aku pun akan bertanding sekali.


Seminggu kami melalui tempoh berkempen, pasang poster turun dengan muka manis di seluruh penjuru fakulti. Walaupun ada track record sebagai Timbalan Presiden Fakulti, tapi laluan untuk menang agak sukar juga memandangkan dua lagi calon yang lawan aku hebat-hebat semuanya. Banyak cerita yang berlaku seminggu ni. Pernah kami down sebab kempen agak slow dan terpaksa berhadapan dengan calon yang mempunyai jentera satu USIM. Di hari sebelum pengundian, kami hanya mampu berserah kepada Allah.

Dan hasilnya..

Menang 760 dari 1113 undi pelajar yang turun mengundi bagi kerusi fakulti. Undi tertinggi bagi kawasan FSU
3 calon yang bertanding untuk kerusi Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Dari kiri aku, Afiq Faiz dan Fatin Fitriah
Plan pencen tak jadi huhu..
Barisan anggota Jabatan Akademik dan Pembangunan Intelektual

Sehingga hari artikel ini ditulis, aku masih belum boleh move on dan sedih kerana aku terpaksa lupakan pelan 3 tahun aku (yang aku namakan sebagai plan pencen). Namun aku akur dengan segala yang berlaku. Banyak perkara yang berlaku di luar perancangan kita, kerana kita tak mampu mengatur segalanya. Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat bagi membina diri kita menjadi insan yang bertakwa.

6 Oktober 2016, secara rasminya aku diberi amanah untuk meanggotai tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar USIM di bawah portfolio Jabatan Akademik dan Pembangunan Intelektual. Jika dahulu banyak berurusan dengan fakulti, kali ini cabarannya berbeza kerana akan berurusan dengan pentadbiran Universiti. Imej diplomat Nazrul terpaksa dikekalkan untuk setahun lagi. Dan mungkin ini peluang terbaik untuk aku mengasah bakat kepimpinan sebelum berpencak di dunia luar.
Untuk segala yang telah berlaku, sedang berlaku, dan akan berlaku, semoga dipermudahka segalanya..


Kekal 20 sen. 


Wednesday, December 24, 2014

Tentang banjir

Berhenti bersangka buruk dengan Allah...

Bukan semua musibah itu bala dari-Nya..

Mungkin Allah datangkan musibah untuk menguatkan dan menyatukan...

Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang, mana mungkin Allah akan menzalimi hamba-Nya?


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 
(Al-Baqarah: 214)

Kerana Allah itu.. sentiasa bersama kita..


#PrayForPantaiTimur


Dikala hujan mencurah. nc_keyz95@1622:24122014. 

Tuesday, October 21, 2014

Jokowi, Prabowo, dan Dilema Politikus Islamis

Sebenarnya aku taklah minat sangat dengan politik antarabangsa ni. Krisis Crimea pun aku ambil masa seminggu nak hadamkan apa sebenarnya yang berlaku, itupun start sehari lepas MH370 ditembak jatuh.

Namun mutakhir ni aku rasa interested nak mengulas pasal politik Indonesia pasca PEMILU (Pemilihan Umum) 2014. Sebab aku rasa ada kaitannya dengan suasana politik di Malaysia, terutamanya dalam menilai politikus-politikus Malaysia.


JOKOWI BAPAK PRESIDEN INDONESIA

9 Julai yang lalu rakyat Indonesia telah memilih Presiden mereka yang baru menggantikan Susilo Bambang Yudhuyono yang berakhir tempoh pemerintahannya pada tahun ini. Dua calon yang hebat bertanding bagi merebut kerusi ini, iaitu Joko Widodo Pak Gabenor Jakarta dari PDIP yang dipanggil Jokowi dan Prabowo Subianto dari GERINDRA seorang bekas Jeneral Militer. Keputusan yang diumumkan pada 20 Julai berpihak kepada Jokowi bersama regunya Jusuf Kalla (JK) dengan 53.15% undi berbanding regu Prabowo-Hatta yang hanya mendapat 46.85% undi. Jokowi dikatakan mendapat sokongan majoriti penduduk luar bandar dan golongan bawahan.

MENGAPA JOKOWI?

Antara faktor yang mempengaruhi rakyat memilih Jokowi sbg Presiden adalah perwatakan dan sikap beliau yang sederhana dan mesra rakyat.

Seorang yang lahir dari latar belakang marhaen, membesar dan kemudian memiliki perusahaan sendiri sehingga menjadi seorang tauke perabot yang kaya di Solo, akhirnya memenangi kerusi Gabenor (Walikota) di Solo. Jokowi bukan seorang yang hanya reti bercakap di pentas, malah beliau tak fasih berbahasa Inggeris. Tapi Jokowi seorang yang banyak bertindak dan segala tindakannya pantas dan efisien. Sebelum bertanding sebagai calon Gabenor Jakarta, beliau dah tunjukkan hasil kerja yang cemerlang dengan membawa perubahan besar kepada Solo, sehingga diiktiraf oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia pada Oktober 2008. 

Jokowi adalah seorang pemimpin mesra rakyat. Dasar Demokrasi Penyertaan yang mana melibatkan masyarakat dalam membentuk dasar politik adalah sesuatu yang memberi nafas baru buat Indonesia. Budaya 'blusukan' yang mana beliau sendiri akan melakukan kunjungan mengejut atas tempat-tempat awam bagi mendengar sendiri pandangan rakyat mengenai dasar, pencapaian, dan mendengar aduan dan masalah mereka ternyata memberi impak besar pada Jokowi. Malah dia dianggap sebagai "Mr Fix It" yang menjadi problem solver kepada masyarakat lebih meyakinkan masyarakat berbanding sesetengah politikus yang hanya menjual air liur tapi jalan kat kawasan sendiri dah 2 penggal berlubang. 

Jokowi juga merupakan sosok tubuh yang membela rakyat. Semua rakyat Solo tahu bagaimana cerita Jokowi pergi sendiri ke Perusahaan Listrik Negara (berperanan spt TNB di Malaysia) dan menyerang PLN yang memotong bekalan elektrik Solo menjelang Krismas 2011 kerana tunggakan bil berjumlah hampir USD 1 Juta. Katanya tindakan ini satu perbuatan melampau dan PLN wajar mengambil kira keperluan masyarakat awam sebelum melakukan sesuatu tindakan. Malah beliau sendiri datang dengan karung duit syiling hasil publisiti media dan membayar jumlah tunggakan tersebut sekaligus mengangkat beliau sbg pembela rakyat Indonesia.

Perwatakan Jokowi juga dilihat sangat sederhana, berbanding Prabowo Subianto yang lahir dari keluarga elit dan sangat kaya. Malah ketika hari pencalonannya Prabowo sendiri datang dengan kudanya yang berharga RP 3 Juta. Dalam Pilihanraya Presiden 2009, Prabowo adalah calon Presiden terkaya, dengan total aset sebanyak Rp 1579 Trilion dan USD 7.57 juta. 

JOKOWI TIDAK ISLAMIS

Isu Jokowi tidak Islamis mula dibangkitkan oleh beberapa golongan Islamis di Indonesia seperti PKS, Parti Amanat Nasional (PAN) dsbg. Mereka menyatakan bahawa Jokowi dan PDIP sebagai berfahaman Nasionalis Sekular dan mendapat sokongan gerakan Sekularis Liberal dan Kristian di Indonesia. 

Kempen kempen untuk menolak Jokowi mula diperhangatkan dengan slogan menyelamatkan Islam di Indonesia, malah tampak sama dengan kempen satu Parti Islam di Malaysia yang giat mahu melabel golongan demokrat dlm parti mereka sbg Sekular dan menyingkirkan mereka #ehh. 

Namun ternyata kempen mereka gagal memikat hati warga Indonesia yg majoritinya beragama Islam. Ternyata rakyat tak menilai berdasarkan siapa lebih Islamis, tapi siapa yang paling boleh buat kerja.


DILEMA POLITIKUS ISLAMIS 

Masalah yang berlaku harini adalah apabila politikus Islamis menggunakan agenda Islam untuk mereka raih undi dari pengundi Muslim. Dan lebih parah apabila agenda syurga dan neraka dinilai sebagai janji utk pengundi, terutamanya masyarakat kampung.

Di Indonesia sendiri, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang mula menjadi feymes selepas Pilihanraya 2009 hanya mendapat 6-7% kerusi sahaja berbanding PDIP yang lebih sekular atas sebab skandal dan rasuah. 

Pada April 2011, seorang ahli DPR dari PKS, Ariffianto ditangkap menonton video lucah semasa sidang DPR. Januari 2013, Presiden PKS Luthfi Hasaan Ishaq ditangkap atas kesalahan rasuah berkenaan daging Sapi, sehingga PKS mendapat jolokan Parti Korupsi Sapi.

Syurga dan neraka yang sebelum ini dijanjikan oleh PKS kepada pengundinya, akhirnya gagal mendapat tempat di hati rakyat apabila mereka gagal dalam Pemilihan Legislatif 2014.

Bagaimana pula kisah di Malaysia? Parti PAS yang dipelopori golongan Ulama' haraki ternyata hanya mendapat 21 kerusi pada PRU 13 berbanding 23 kerusi pada PRU 12. PAS tidak mampu menjadi suara pembangkang yang kuat, malah hanya menumpang populariti PKR dan DAP.

Kenapa? Siapa yang bangkitkan tentang isu-isu besar seperti masalah korupsi dan GST? Siapa yang banyak beri penerangan mengenai ekonomi? Siapa yang kehadapan dalam membela golongan yang ditindas dan dalam isu alam sekitar spt Lynas?

Selain Dr Dzulkefly dan Dr Rosli yang bukanlah golongan ulama', ulama'-ulama' dalam PAS tak mampu menyentuh mengenai isu ekonomi. Mereka lebih mengambil berat isu hukum dan melabel rakan mereka sendiri.

Politikus Islamis harini kebanyakannya hanya menggunakan title agama untuk meraih undi, namun tak mampu mencipta personaliti yang memikat seperti Jokowi. Politikus Islamis lebih banyak berperwatakan spt Prabowo, menggunakan title Islamis namun bermewah-mewah dan tidak menyelami sisa hidup golongan bawahan.

Sedang harini kita perlu sedar, orang takkan menilai kita berdasarkan tingginya ilmu kita. Tapi org akan menilai berdasarkan tingkahlaku dan perwatakan. Setinggi mana serban anda tapi jika anda tak mampu selami kehidupan golongan bawahan dan membela nasib mereka, maka Allah akan persoalkan ilmu anda di akhirat.

Sedang Rasulullah SAW diutus sbg penyelamat, menangkat martabat wanita, menolong fakir dan miskin, membebaskan hamba sahaya dan mengeluarkan masyarakat dari kejahilan. Dan jika Islamis hanya sekadar duduk di bilik mesyuarat berbahas ttg hukum yang remeh dan bergaduh siapa nak jadi MB, apa gunanya title warsatul anbiya'?

Bagaimana kita nak yakinkan rakyat bahawa Islam adalah penyelesai, andai kita sendiri bergantung harap pada rakan non-Muslim PR untuk selesaikan isu besar? Bagaimana kita nak yakinkan rakyat bahawa Islam membela keadilan, andai kita sendiri cenderung melabel golongan yang tak sependapat dengan kita Sekular Liberalis dsbg?

Suka dgn kenyataan Mat Sabu dalam Muktamar PAS 2013 mengenai isu Lynas: 

"Kita lihat siapa yang ke depan dalam isu seperti Lynas dan Bukit Merah. Sepatutnya PAS yang menjuarai isu tersebut kerana menjaga alam dari dirosakkan merupakan kewajipan dalam Islam."

Namun hakikatnya tiada suara dari Islamis mengenai isu tersebut. Dan ia dipandang sepi. Seolah-olah bab merebut MB Selangor lebih penting dari isu alam sekitar yang tergadai. Lebih penting dari rakyat yang bakal dibebankan dengan GST.

Andai kata politikus Islamis mahu menjadi juara dalam pilihanraya, maka juarailah isu-isu rakyat dulu. Contohilah perilaku Jokowi yang lebih 'sunnah' dari para Islamis yang berFerrari dan berAlphard. Lebihkan kerja dan kurangkan sekadar bercakap, kerana rakyat menilai dari hasil kerja kamu. Jangan terlalu bergantung kepada faktor kamu calon Parti Islam, krn jika kamu tak membawa nilai Islam ia hanya memberi fitnah kepada Parti Islam.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor adalah cth Islamis hebat yang memperjuangkan isu rakyat, melawan kezaliman penguasa, dan mengangkat suara rakyat. Almarhum Ust Ibrahim Libya adalah cth Islamis yang sanggup meninggalkan kemewahan dunia demi mengajar penduduk Memali nilai Islam dan melawan kezaliman sehingga syahid.

Mungkin suatu masa nanti kita akan lihat Jokowi yang Islamis di Malaysia dan mampu memikat hati rakyat.

Sekadar pandangan 20 sen

Sunday, October 12, 2014

Oktoberfest: Antara Hak, Hipokrasi, dan Penentangannya

Isu Oktoberfest sememangnya menjadi perbualan hangat di media-media semasa baik media massa mahupun elektronik dalam kebelakangan ini. Pesta arak yang bermula di  Munich, Bavaria, Jerman ini yang dimulakan pada tahun 1810  bagi meraikan perkahwinan putera raja Ludwig I dari Jerman dan pasangannya Princess Therese of Saxe-Hildburghausen ini sehingga kini diraikan di beberapa bandar besar utama di seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia pada setiap penghujung September hingga awal Oktober. Kala pesta ini seluruh syarikat syarikat arak besar mula menaja arak-arak mereka untuk dinikmati para pengunjung. 

Mungkin tak ramai yang tahu, pesta ini mula diadakan di Lembah Klang pada tahun 2010. Namun ia mula menjadi kontroversi pada tahun ini, selepas pihak penganjur mula memasang iklan di billboard di Shah Alam, mengajak orang ramai turut serta meraikan pesta julung-julung kali ini. Tambahan pula masyarakat Muslim yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia, pada ketika itu masih dalam mood menyambut Hari Raya AidilAdha, isu ini dilihat sebagai satu penghinaan buat mereka, apatah lagi arak merupakan suatu yang haram bagi umat Islam.

Isu bertambah hangat apabila ada pihak yang cuba menjuarai isu ini sebagai membawa suara non-Muslim, bahawa arak itu dibenarkan untuk mereka dan tiada kesalahan untuk mereka meminum arak. 

Persoalannya, apakah benar hak meminum arak adalah hak Non-Muslim?

APAKAH ITU HAK?

Hak berasal dari perkataan Arab iaitu Al Haq, bermaksud kebenaran yang lawannya adalah kebatilan. Ia juga bermaksud keadilan. Menurut Syeikh Ali Khafif, beliau mentakrifkan hak sebagai انه مصلحة مستحقة شرعا iaitu kepentingan yang dimiliki seseorang menurut syara'. 

Dalam bahasa Inggeris, hak disebut sebagai rights iaitu yang membawa erti yang sama dengan kebenaran. Pakar perundangan mendefinisikan hak sebagai sesuatu kepentingan yang dilindungi oleh undang-undang. 

Di Barat, mereka lebih membincangkan konsep hak sebagai hak asasi (human rights) yang berdasarkan andaian bahawa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki indentiti insan, yang tidak dipengarahui oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.

Hak asasi terbahagi dari dua segi, iaitu dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, ia merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan. Percabulan hak berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. 

Dari segi moral, hak asasi merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Hak ini datang dari berbagai bentuk, samada hak mereka dalam mempraktikkan agama mereka, hak untuk menunaikan kewajiban dan sebagainya. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba megelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral.

Dr. Wahbah al Zuhaili mentakrifkan hak hak insan sebagai himpunan beberapa hak semula jadi yang dimiliki oleh seseorang yang sangat berkait rapat dengan kewujudan tabi’inya; yang diperakukan secara alami walaupun belum diiktiraf atau yang dicerobohi oleh mana-mana kuasa . Ia merangkumi hak asasi seperti hak untuk hidup, persamaan, kebebasan, hak politik dan sivil, hak bangsa-bangsa untuk tentukan nasibnya, hak untuk merdeka, hak berpendapat, hak beragama, hak mendapat pendidikan, hak ekonomi dan sosial, hak berkerja dan menjawat jawatan umum, hak mendapat rawatan kesihatan dan sosial, hak mendapat jaminan dan perlindungan negara, hak kanak-kanak, hak remaja dan belia untuk mendapat asuhan, hak kekeluargaan, hak tempat tinggal dan lain-lain .
Beliau menegaskan bahawa Karamah al Insaniah atau prinsip menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia adalah sumber bagi suatu hak asasi. Apabila wujudnya penghargaan terhadap Karamah Insaniah itu bermakna adanya tanda keinsanan manusia berkenaan yang membezakannya daripada binatang.

ADAKAH MEMINUM ARAK ITU SUATU HAK BAGI NON-MUSLIM?

Dari penjelasan mengenai maksud hak, umum kita boleh katakan bahawa hak ini adalah suatu perkara yang menjadi kepentingan bahawa mereka boleh melakukan sesuatu yang mereka ingin lakukan tanpa melanggar hak dan kepentingan pihak lain. Namun ia masih tertakluk di bawah moral, undang-undang, dan syariat.

Dalam membicarakan tentang hak, kita tidak boleh lari dari bercakap tentang soal moraliti dan undang-undang. Hak yang terbina adalah berdasarkan dua konsep ini.

Ada sesetengah yang menyamakan hak untuk meminum arak yang menjadi larangan bagi Muslim ini sama dengan hak untuk Muslim melakukan korban sedangkan lembu merupakan haiwan yang suci bagi Hindu dan ia menyentuh sensitiviti mereka.

Terdapat perbezaan besar dalam isu ini. Melakukan korban adalah satu tuntutan dalam Islam. Sepertimana dalam Firman Allah:

 
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” 
  
(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Juga dalam hadis Rasulullah SAW:

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”  
(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Namun meminum arak bukanlah suatu tuntutan bagi non-Muslim. Malah di dalam Kristian sendiri terdapat larangan bagi meminum arak. Seperti yg termaktub dalam kitab Injil:
"Wine is a mocker, strong drink is raging; and whosoever is deceived thereby is not wise."
[Proverbs 20:1] 
"And be not drunk with wine."
[Ephesians 5:18] 
(Source: 20 Most Common Question About Islam by Dr. Zakir Abdul-Karim Naik)

Jadi apakah non-Muslim tiada hak untuk meminum arak?

Tidak, meminum arak bukanlah sesuatu keperluan atau tuntutan bagi non-Muslim sehingga melarangnya akan dikira mencabuli hak mereka.

Bahkan ia lebih sekadar keinginan. Keinginan seseorang untuk melakukan sesuatu, samada benar atau salah. Dan keinginan ini boleh dikawal, samada melalui undang-undang atau kesedaran.

Juga sepertimana pentafsiran hak sendiri, bahawasanya hak itu bersandar pada moraliti dan sifat insan. Namun meminum arak ini bertentangan dengan moraliti dan sifat insan. Malah ia merampas hak manusia sendiri, Arak bersifat memabukkan, iaitu membuat manusia tidak dapat menguasai mindanya dengan sempurna. Ia menjadikan manusia tidak bebas berfikir. Maka hak manusia untuk berfikir direnggut oleh alkohol yang memabukkan.

Arak juga adalah satu 'jenayah', namun ia merupakan 'legalized crime' yang menjadi halal kerana jenayah ini memberi keuntungan kepada negara, sama seperti judi. Arak mengundang manusia melakukan jenayah, hasil mereka tidak dapat berfikir dengan sempurna.

Jika kita katakan meminum arak itu suatu hak, maka mencuri juga suatu hak bagi pencuri, maka benarkanlah mereka mencuri. Merogol itu suatu hak bagi perogol, maka benarkanlah mereka merogol.

Adakah bermakna menjadi suatu kesalahan bagi non-Muslim meminum arak?

Oleh kerana mereka tidak terikat dengan hukum Islam, dan meminum arak adalah satu 'jenayah' yang dibenarkan dan tidak dikenakan undang-undang, maka secara literalnya tidak menjadi kesalahan untuk mereka meminum arak. Nak minum arak, minumlah sampai pecah perut pun,

Namun mengatakan meminum arak sebagai suatu hak asasi dan tidak boleh dicabul oleh pihak lain adalah suatu kesilapan. Memandangkan meminum arak itu hanyalah sekadar keinginan, dan tidak memberi kesan sekiranya ia dilanggar dan bukanlah suatu kepentingan, maka ia sama seperti hak perokok untuk merokok di tempat awam.


HIPOKRASI

Isu Oktoberfest yang melibatkan non-Muslim mula diambil peluang oleh sebahagian ahli politik PKR dan DAP yang berusaha menjadi juara dalam isu memartabat suara non-Muslim. Mereka berpendapat isu ini adalah sebagai hak untuk non-Muslim mengamalkan cara hidup mereka dan ia perlu dipertahankan.

Tindakan wakil-wakil rakyat ini yang bersama menyertai OktoberFest dan turut memuat naik gambar mereka di laman sosial nyata mencetuskan provokasi, apatah lagi OktoberFest ini ditentang hebat oleh rakan mereka PAS sendiri yang meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan.

Dalam mereka lantang membawa suara non-Muslim, mereka telah mengguris hati dan perasaan masyarakat Muslim. Malah tak keterlaluan untuk kita katakan mereka ini sedang mencipta provokasi terhadap Islam.

Bila PAS nak buat hudud, mereka tentang. Kononnya atas nama Kebebasan Bersuara.
Bila PAS tentang pesta arak, mereka kata Hormat Hak Bukan Muslim.

Soalan 1: Adakah hudud bukan hak Muslim? Awat yang hang tak hormat boleh pulak?
Soalan 2: Sejak bila Pesta Arak menjadi hak untuk non-Muslim?

DAP perlu faham pengundi di Malaysia terdiri dari Muslim dan non-Muslim. Mungkin DAP rasa selamat dengan undi non-Muslim. Tapi jangan lupa kerusi Muslim lah yang menguatkan Pakatan Rakyat. Kecuali jika DAP memang nak jadi Pembangkang sampai kiamat!

Dan sangat meragukan bagaimana DAP yang terkenal dengan fahaman sosialisnya boleh menyokong program milik Syarikat Kapitalis Arak Terbesar Malaysia Carlsberg. Dalam mereka lantang menyeru rakyat menolak kebobrokan rejim UMNO BN, menolak kenaikan harga minyak, tiba-tiba mereka boleh bersetuju dengan program membazir yang menguntungkan kapitalis dan kroni-kroni. Mungkin akibat kenaikan elaun MP yang dibentangkan dalam bajet 2015 membuatkan mereka tidak risau dengan wang yang dibazirkan.

Juga sebagai ahli politik, mereka seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada pengundi mereka. Adakah dengan mewujudkan pesta arak kita akan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang Bertamadun? Dengan masyarakat yang ketagih arak, yang menyumbang kepada berlakunya kongsi gelap dan pelacuran, dan lambakan masalah sosial? Adakah ini negara yang DAP ingin bangunkan?

Kita sibuk kutuk Sultan tu Datuk ni sebab arak, tiba-tiba kita buat benda yang sama..

Hipokrit!


MEREKA BUKAN MUSLIM, BIARKANLAH MEREKA!

Dalam hangat kalut mengenai isu OktoberFest ini, tiba-tiba bangkit seorang Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS yang sememangnya terkenal dengan suka keluarkan statement media bagi membela tindakan penganjur OktoberFest ini. Katanya Islam mengiktiraf yang arak bukan sesuatu yang haram bagi ajaran mereka, maka biarkanlah mereka.

Aku suka dengan komen balas dari Benz Ali menjawab pertikaian YB ini:
Dalam Islam, bukan setakat kena tekankan pada 'halal - haram' sahaja, inilah masalah orang - orang syari'at - feqah, terlalu tetek bengek pada hal - hal 'halal haram' sampai lupa, apakah arak ini baik untuk rakyat atau tidak? 
Kerajaan yang baik, ahli politik yang baik, apatah lagi beragama, Islam, khususnya harus mengajak rakyatnya, mengajukan rakyatnya ke arah tingkatan manusia yang lebih bermoral, yang lebih berakhlak, yang menuju kesedaran manusiawi yang tinggi, apakah disebabkan orang - orang bukan Islam tak haram minum arak, maka ahli politik Islam, harus menggalakkan rakyat negerinya minum arak?kebangangan apakah? 
kalau ditambah unsur - unsur 'kiri / sosialis' lagi, apakah pesta arak ini sesuai diadakan dalam keadaan kegawatan ekonomi ini? apakah pesta arak ini tidak membazir? apakah 'pesta arak' ini bukan sebuah lagi 'candu' atau 'opiate of the masses' yang patut ditentang? tanpa perlu pergi ke 'halal - haram' pun, apakah pesta arak patut digalakkan? 
((Khalid Samad, akan jammed jikalau ada pihak mempertikaikan, "kalau begitu, jika ada orang-orang bukan Islam nak parti seks bebas, dia tak boleh kata apa lah, sebab orang-orang bukan Islam, buat apa pun, tak salah))

KENAPA KITA MENENTANG OKTOBERFEST?

Simple, dalam keadaan harini kita perlu menghadapi kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kos sara hidup tinggi, kenaikan inflasi dsbg, dalam kita diseru untuk berjimat tiba tiba kita dihidangkan dengan satu pesta arak. Apakah ia tidak merupakan satu pembaziran? Berapa kerajaan spend untuk buat OktoberFest ini(program ini diluluskan oleh Kementerian Pelancongan)? Bukankah lebih elok jika ia digunakan untuk membantu masyarakat gelandangan yg susah menghadapi kemiskinan hidup?

Di samping itu, adakah kita mahu negara disuburkan dengan budaya tidak sihat yang berpunca dari pesta arak? Umum mengetahui arak merupakan punca kepada segala masalah sosial yang berlaku di Malaysia. Adakah kita mahu anak anak kita dihidangkan dengan gejala tidak sihat ini dan seterusnya mengharapkan mereka menjadi pemimpin masa hadapan?

Sebab itulah kita perlu menentang OktoberFest ini. Andai kita berhujah atas sebab halal haram, sampai bila pun mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu sebab mereka tak diikat dengan halal haram. Setiap bangsa mempunyai hak mereka, namun ia bukan tiket untuk mereka membuat apa saja perkara atas nama hak asasi.

Dalam masyarakat majmuk ini, kita perlu menghormati setiap pihak. Namun apabila tindakan mereka itu memberi kesan kepada negara, adalah wajib untuk kita pertahankan negara ini dari dicemari budaya budaya yang tidak sihat ini.

Sekadar pandangan 20 sen.

Friday, June 13, 2014

Kes Zarina dan Teoh. Satu pengajaran.

Mutakhir ini kes yg melibatkan isu akidah umat Islam sering diputarkan dalam media baik media massa mahupun media sosial. Akidah umat Islam kini bagai digugat dan direnggut dengan mudah. Yang lahirnya Islam tidak mengaku Islam malah mengamalkan ajaran yg menyimpang dari Islam.

Dikala polemik ini tercetus maka mulalah sekalian umat yang punya kepentingan melatah tanpa halatuju. Para Islamis mula memanaskan keadaan mengatakan akidah cuba dirosakkan musuh. Para liberalis bangkit mempertahankan hak atas nama kebebasan. Sibuk berbalah dan menghentam.

Isu ini bukan isu baru. Sekitar 2003-2005 kita dicabar dengan kes Lina Joy, seorang muslimah yang menukar agamanya utk mengahwini seorang kristian lalu memohon untuk membuang title 'Islam' pada IC. Bagaimana seorang yg dibesarkan dengan cara hidup Islam akhirnya tewas di tangan seorang lelaki Kristian. Membuat mata para umat Islam terbeliak walaupun cuma seketika. Biasalah para Meleis lepas diketuk marah sekejap bila hilang sakitnya lupa semula. Bagaimana pula dengan isu Siti Fatimah Tan Abdullah pada 2009, seorang muallaf untuk kahwin akhirnya memohon utk kembali ke agama kerana sepanjang Islamnya tidak mengamalkan cara hidup Islam. Dan sebelum itu kes2 murtad juga berlaku seperti kes Aisyah Bukhari dll.

Menjadi pengajaran buat kita, siapa pihak yang sepatutnya diketuk dalam isu ini?

Dalam kes Zarina, seorang yang lahirnya Islam namun dibesarkan dengan ibunya yang mengamalkan cara hidup Hindu dan tidak mengamalkan cara hidup Islam. Tanpa menukar statusnya yang Islam dari lahir terus mengahwini seorang lelaki Hindu yang seterusnya menjadi polemik apabila majlis perkahwinannya diserbu JAIS, menjadi keriuhan buat seluruh para Islamis dan Liberalis.

Aku tidak melihat isu ini dari serbuan JAIS. Bagi aku isu ini hanya picisan. JAIS hanya menjalankan tugas mereka. Mereka berhak untuk menyerbu majlis itu kerana status Zarina sbg seorang Islam di Sijil Lahir. Manakala para pejuang Hindu juga berhak memarahi mereka kerana merasakan hak mereka dicabul.

Namun isu yang sebenarnya yang patut diambil berat adalah bagaimana lemahnya penguatkuasaan undang-undang sehingga Zarina yang lahir sbg Islam boleh dibenarkan hak penjagaan atas ibunya yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. Tiada sebarang enakmen yg diperuntukkan bagi seorang anak yg lahirnya Islam untuk diberi kuasa atas Mahkamah melakukan sebarang tindakan bagi mempertahankan akidahnya. Kita tertakluk dengan Law Reform Act yang memenangkan para Ibu yang bukan Islam. Jika harini kes Zarina, apakah mungkin selepas ini ada lagi kes sepertinya? Ya! Malah lebih dahsyat..

Bagaimana pula dengan kes Teoh Cheng Cheng? Seorang muallaf yang masuk Islam pada 1997, namun tidak pernah mengamalkan cara hidup Islam sehingga akhirnya mati. Apabila JAIPP menuntut mayat beliau dikebumikan dengan cara Islam berlaku pertikaian yang maha dahsyat sehingga akhirnya diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah beliau bukan Islam dan akan dikebumikan dengan cara asal.

Ini menunjukkan kelemahan penguatkuasa agama dalam menjaga kebajikan para muallaf. Bagaimana mereka tidak mendapat didikan agama dgn sempurna akhirnya mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dan kembali pada agama mereka. Kes Siti Fatimah dan Teoh menunjukkan tiada feedback dr penguatkuasa agama untuk menjaga akidah muallaf, akhirnya mereka kembali meninggalkan Islam. Adakah muallaf sahaja? Tidak, bahkan org yang lahirnya Islam pun. Lihat berapa JAKIM sanggup belanjakan untuk membersihkan nama Cadbury, namun tidak untuk memberi penerangan tentang hukum Islam, perlaksanaan, dan pemantapan akidah muslim. Bagaimana anak2 muda harini didedahkan dengan pelbagai unsur hedonisme tanpa sebarang tindakan untuk memperbetulkan mereka. Bagaimana nasib para gelandangan yang terpaksa melalui berjuta karenah birokrasi memohon bantuan zakat dr Pejabat Agama, namun hanya perlu satu tandatangan sahaja untuk mendapat sumbangan yang lebih lumayan dr Mubaligh Kristian. Mungkin zakat di Malaysia lebih afdhal untuk dibelanjakan dalam kes membela seorang pemfitnah dalam menghadapi tuduhan qazaf oleh musuh nombor wahid pimpinan negara. Kelemahan kita dalam menjaga orang sendiri sehingga mereka akhirnya memilih jalan yang salah, lalu menyalahkan non muslim yang dituduh membenci Islam.

Dalam ketika itu para Islamis sibuk menuntut agar hudud dilaksanakan dengan memancung mereka yang murtad dan meroyan supaya non muslim jangan masuk campur. Sedarkah kita andai kata hudud dilaksanakan sekalipun adakah adil untuk kita memancung mereka dalam masa yang sama mereka menjadi begini disebabkan kelemahan kita? Apakah mungkin di akhirat nanti mereka bangkit lalu mengadu pada Allah mereka menghukumku kerana kelemahan mereka? Lalu apakah jawapan kita pada Allah di akhirat kelak.

Di sini terletaknya maruah Islam. Dalam kita berjuang mempertahankan akidah perlu kita sedari kelemahan kita menyebabkan akidah kita direnggut dan digugat. Semoga kes Zarina dan Teoh menjadi iktibar buat kita dalam membentuk Malaysia yang bertamadun, harmoni, dan sejahtera akidahnya.

Sekadar pandangan 20 sen.

Nazrul Nazir. Madinah Al Munawwarah.

Friday, March 14, 2014

Debat NC USIM 2014! Unforgettable moments!


Alhamdulillah, masih diberi kurnia untuk bernafas dan mampu menulis..

Seminggu dua ini aku disibukkan dengan permainan dunia fana yang tak berkesudahan (ayat piawai Pencetus Ummah). Terlalu sibuk sampai baju tak sempat basuh, kereta tak sempat cuci, stoking tak sempat tukar (eh?). Namun ternyata “Siapa yang berusaha dia yang berjaya.”

Minggu lepas dua peristiwa yang hampir serentak tapi tak sama waktu berlaku sekaligus. Yang pertama MUET yang kedua Pertandingan Debat Naib Canselor USIM.

Bercerita tentang MUET bukanlah suatu perkara yang aku begitu berminat memandangkan takdir aku untuk menjadi hambar dalam English (lulz..) tetapi bercerita tentang Debat Naib Canselor merupakan suatu pengalaman yang sukar dilupakan. Dengan masuk yang kurang 10% ikhlas akibat dipaksa, ditambah 30% fokus dilarikan ke MUET, namun setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dengan persediaan yang tak berapa rapi selama seminggu, kami beranikan diri ambil risiko sahut cabaran bertanding mewakili Pusat Tamhidi dalam Debat Naib Canselor. Memandangkan kejohanan ini satu kejohanan berprestij, maka silap tekaan anda jika lawan yang akan bersemuka dengan kami adalah budak sekolah kerana hakikatnya yang berpencak hanyalah abang-abang dan kakak-kakak degree yang hebat dan berpengalaman. Seminggu weh berlatih, mana tak kecut perut?



Dengan segala dugaan dan rintangan, akhirnya berdaftarlah 3 pasukan mewakili Pusat Tamhidi. Berdebat selama 3 hari bukanlah suatu perkara mudah memandangkan aku akan menghadapi peperiksaan MUET pada hari Sabtu. Namun teman pegganti sudah diperoleh dan aku tetap tak tenang menjawab MUET..

Pasukan Pendebat BM Team C Tamhidi with abam coach :)


Cabaran pusingan pertama ditempuh dengan mudah. Pusingan kedua dan ketiga aku terpaksa melepaskan posisi kepada org lain. Namun pusingan keempat  aku bermula garang semula di arena perbahasan. Cukup 5 pusingan kami layak memasuki peringkat suku akhir.



Namun selepas pusingan kelima, rasa kekecewaan mula hadir di hati sang Nazrul. Timbul persoalan kenapa aku asyik tak dapat best speaker sedangkan teammate aku semua dh dapat? Mujurlah ada seorang akak yang cantik (ayat bodek tahap gaban mohon jangan percaya :P) yang bagi semangat untuk teruskan jugak buat yg terbaik untuk hari esok. Hilang sekejap kekecewaan tu.

Sidang suku akhir penuh dengan bidasan dan langkah garang dari aku. Aku merasakan bahawa aku dah berjaya memikat hati juri. Namun siapa tahu, hati juri bukan hati aku. Maka gagal lagi dalam misi aku memperoleh best speaker. Rasa down kali kedua mula bersarang.

Aku melangkah masuk semi final dengan langkah yang muram dan suram. Namun langkah muram dan suram itu dikejutkan dengan cubaan pihak pembangkang menukar usul “Lelaki lebih menderita” kepada perlambangan yang sudah tentu membuatkan kami terkesima kerana kami takda fakta langsung tentang Amerika Syarikat! Rasa down waktu tu Ya Allah tuhan je yang tahu. Namun aku tetap melakukan bidasan dengan fakta-fakta yang tah turun dari langit mana.

Habis sidang semi aku terus keluar dari dewan melayan jiwa lara dan perasaan. Muncul abang Mizan dan Ikmal yang naikkan balik semangat aku. Aku cuba untuk kuat. Even aku tau aku tak mampu.

Semasa pengumuman pasukan yang layak ke final, perasaan tertekan berubah menjadi terkejut apabila kami diumumkan layak ke Final menentang team Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Allah! rasa macam aku tak layak je nak melangkah ke final.

Akhirnya final berlangsung pada waktu malam dihadapan Naib Canselor USIM dan para VIP. Sebelum final ada rasa cuak mula melangkah dalam diri. Lepas call mama n abah, and lepas Kak Mimi call sebelum masuk dewan, rasa semangat tu datang semula. Aku tak peduli. Best speaker ke ape tak heran, janji aku mampu perform malam ni.
Barisan Kerajaan dan Pembangkang
Bidasan garang YB Pembangkang ke 3
Dan Alhamdulillah. Kami dinobatkan sebagai Johan pertandingan. Kami juga berjaya membawa balik piala pusingan ke Pusat Tamhidi. Dan walaupun aku tak dianugerahkan best speaker, tapi sepanjang habis debat ramai yg puji persembahan aku. Cukup untuk aku merasa puas dengan apa yang aku perform.




Benarlah janji Allah, Dia takkan pernah tinggalkan hamba-Nya yang tak pernah berputus asa..

Terima kasih Ikmal, Farouq, and Amirul yang bersama2 menempuh perjuangan ini susah dan senang. Terima kasih Abang Farhan yang membantu kami membuat fail kes sepanjang malam sampai pagi. Terima kasih Abang Hasif yang banyak membantu. Terima kasih Abang Mizan yang naikkan balik semangat aku yang patah. Terima kasih Kak Mimi yang tak putus memberi semangat, dorongan, nasihat, dan mengambil berat. Terima kasih semua yang tak putus memberi sokongan. Hanya Allah mampu membalas jasa kamu.


Dan misi seterusnya untuk pergi lebih jauh dalam dunia debat, In Sya Allah :)
Detik pengumuman kemenangan Pasukan Tamhidi

Abang Farhan and Kak Mimi..

My new family..

Monday, March 03, 2014

Kesibukan itu ujian :)

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji?"  
Surah Al-Ankabut, 2.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan menulis.

Selepas seminggu diuji dengan begitu banyak rintangan dan ujian dengan lambakan assignment, task and so on, weekend ni baru dapat bernafas semula. Seriously it’s gonna be a tough sem.

Stress week, feels like wanna blow my head..
Minggu lepas, beberapa projek perlu disiapkan dan dihantar dengan dateline yang sangat rapat. Selasa munazarah, Rabu MUET Test (Speaking), Khamis english roleplay, and Jumaat dateline mu’jam. And I seriously like almost die when I had to face all this things in a week.

Starting from mu’jam, sebagai editor aku ditugaskan mengumpulkan semua kalimah2 Arab yg student kelas tuto bagi and combine it in Microsoft Word to be a mu’jam. Pada minggu yang sama juga kena seat dlm MUET Speaking exam.

Fokus aku tertumpu kpd MUET dgn mu’jam terpaksa dilupakan buat sementara waktu. And who knows tindakan aku hanya memberi impak negatif kepada 2nd editor from Muslimat yg terpaksa buat semua benda untuk back-up tugas aku. Okey me is selfish -..-

So after MUET, dgn rasa bersalah yg agak menebal aku decide utk bantu dia memudahkan kerja2 mu’jam. And finally we succeed to pass the task to Ustazah Mina after 3 malam bersengkang mata berhempas pulas menghasilkan mu’jam tersebut. Weehuu :P

Mu'jam Ar-Rasyid hasil titik peluh kami. 
And for munazarah, Allah memudahkan urusan dengan ditangguhkan ke minggu depan (even memang aku dh 100% ready waktu tu)..

And for the roleplay, siapa sangka kami hanya berlatih satu malam dan Alhamdulillah kami dpt perform the best for a next day.

Roleplay by Mooting Court Session. Kes sebuah sekolah yang akan dimansuhkan kerana pelajar2 tidak mengikut etika dan berkelakuan teruk.
Roleplay team.
Siapa kita untuk menyalahkan takdir dan melawan ketentuan dan ujian-Nya, bukankah Dia yg mencipta ujian dan Dia yang memberi jalan penyelesaiannya?

Allah tidak pernah memberi sesuatu ujian dengan niat untuk melemahkan hamba-Nya, bahkan ia untuk menguatkan dan menambah keimanan mereka.

“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” Surah Muhammad, 7

Dan inilah ibrah yang aku dapat dari peristiwa minggu lepas. Allah sedang menguji aku :)


p/s: And siapa sangka minggu lepas aku dah hampir mula meninggalkan zaman belasan tahun? :)

Since 27 Feb 1995.. and still counting.. :)









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...