Thursday, November 28, 2013

Condemn

Harun seorang mamat yang mempunyai akal yang bijak. Cuma dia ada satu problem sikit..

Kalau bab condemn orang, dialah juara.

Tak kiralah siapa, orang atas orang bawah orang tepi orang tengah, semua kena.

"Kau tau tak, sepatutnya diorang takleh buat camni.."

"Ni apa wakil rakyat makan gaji buta.. Benda camni takleh selesai.."

"Ini punya masalah simple pun nak minta bantuan itu ini.."

Itulah dialog biasa yang akan didengar kalau dok bersembang dengan dia kat kedai kopi. Kadang-kadang sampai muak aku dengar asyik ulang benda sama je.

Suatu hari, dia telah diberi amanah untuk menjawat satu jawatan penting. Katanya kena selia dan majukan sebuah kampung. Dan sejak haritu aku jarang dah berjumpa dengan dia.

Selepas sebulan, aku terserempak dengan Harun dekat kedai kopi.

"Weh, aku taktau lah nak buat camne.." keluh Harun

"Apasal?"

"Anak buah aku tu, sibuk duk pertikai apa aku buat. Lepas tu orang kampung lak banyak songeh. Sibuk dok kondem itu ini. Macamlah diorang yg buat kerja. Aku stress gile."

Selepas mendengar cerita Harun, aku terus ambil beg aku dan mencari sesuatu.

"Kau dok cari apa?"

"Mesin masa Doraemon.."

Deep :)


Sunday, November 17, 2013

Lari

Bukan semua perkara kita boleh berdepan dengan mudah. Kekadang, situasi itu sukar untuk kita hadapi.

Aku pernah berdepan dengan satu situasi ni.

Memang kebiasaan aku time cuti berjoging waktu pagi. Biasanya trek aku sekitar kawasan perumahan kt Seksyen 4 ni.

Dan biasanya aku akan berhadapan dengan anjing. Bukan anjing biasa. Anjing rabies.

Hari mula-mula, anjing tu cuma seekor.

So aku just acah baling batu and dia lari. Seekor je ape de hal.

Hari kedua mula berpasangan. Tapi ia masih tak mampu menghalang laluan.

Masuk hari ketiga..

Kali ni ak berhadapan dengan sekawanan anjing. Dan sah-sah deme tengok aku tanpa rasa cuak sikit pun.

Nak taknak aku terpaksa lari berpatah balik ke belakang. Woo naya oo kalau kena kekah dengan diorang.

Begitulah hari-hari seterusnya. Sampai akhirnya aku sedar. Kalau aku terus lari, sampai bila-bila anjing tu akan terus berkampung kat situ.

Akhirnya..

"Hello.. Majlis Perbandaran Kajang..."

Dan akhirnya aku dapat terus berjoging dengan tenang

:)

 

Friday, November 15, 2013

Ketentuan



Semalam, aku drive dr Bangi ke kampus untuk submit kertas kerja lawatan.

Otw perjalanan balik..

Allahuakbar.. Time2 tu jugak kereta mati.  Overheat kat Tol Bangi.

Mujurlah time tu betul2 dah masuk tol. Bukan tengah2 highway. Kalau tak mau cuak jugak.

Lalu aku terpaksa menunggu. Menunggu dan terus menunggu. Sampai tow truck datang nak tarik kereta. Dan banyaklah fulus-fulus yang terpaksa dihabiskan utk kos repair kereta.

Aku dok terfikir. Kenapalah masalah datang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ni.

Kereta rosak.
Mak sakit.
Ayah sakit.
Elaun dh nk habih.. (err.. tu aku yang cari penyakit..)

Dalam dok fikir-fikir.. Tetiba aku ternampak satu kertas.
"Sungguh Allah itu sebaik-baik perancang."
Ringkas. Tapi penuh makna.

Kita merancang. Allah merancang.

Tapi perancangan-Nya maha hebat

Kerana dia Maha Mengetahui. Baik yang tersurat, baik yg tersirat.

Dan dia tak akan membebankan hamba-Nya dengan segala yg mrk tak termampu.

Itulah yang menjadi penguat aku. Sekurang-kurangnya untuk hari ini. Dan hari-hari seterusnya.

Dan aku yakin dengan ketentuannya :)
لا يكلف الله نفسا الا وسعها 
"Allah tak akan membebankan seseorang hambanya itu melainkan apa yang dia mampu" (QS Al-Baqarah, 286)
"Along, nanti duit repair kereta bayar bayar sendiri ea.."

Dan aku termangu..

Wednesday, November 06, 2013

Hipokrit

Petang itu adalah petang yang memenatkan selepas seharian berjalan. Apa yang ada dalam kotak fikiranku hanyalah katil yang empuk dan nyaman. Kalau boleh kerusi dalam komuter ni pun boleh jadi port yang sesuai untuk 'landing'. Mengenangkan ada awek cun betul-betul kat depan, maka aku lupakan hasrat itu.

Awek cun tadi betul-betul menarik perhatian aku. Wajahnya putih berseri, pakaiannya ala-ala muslimah, masanya diisi dengan membaca Al-Quran di phone nya. Calon isteri mithali gittew..

"Hipokrit kan?"

Sapaan ikhlas orang sebelah mengejutkan aku.

"Dekat tempat public ni takyah tunjuk kita ni alim sangat. Biasa-biasa je. Kita ibadat bukan nak tunjuk kat sesiapa. Riyak tu.."

Aku cuma tersenyum. Sungguh, ramai manusia kini bercita-cita hendak menjadi tuhan.

"Kau tengok, aku tak suka betul kalau orang macam ni. Depan orang alim, mengaji bagai. Kat rumah tah tah solat tah ke mana. Ini semua hipokrit. Aku lagi selesa macam ni. Orang tengok aku macam ni, tapi ibadah aku tu bab aku dengan tuhan. Biar orang tak tahu kita macam mana, yang penting Dia tahu."

Terasa sakit telinga, lalu aku bertanya.

"Bro, bila kau tengok dia mengaji kau rasa apa?"

"Menyampah?"

"Kenapa?"

Diam tanpa jawapan. Aku membalas.

"Fitrah manusia ni mendorong ke arah kebaikan. Dalam hati kau tu, sebenarnya kau mengiyakan apa yang dia buat. Kau tau dia buat tu betul. Dan kau teringin nak buat macam dia."

Sunyi seketika.

"Tapi hati kau bertarung dengan diri kau. Diri kau kata taknak. Kau menidakkan apa yang hati kau nak. Kau menentang fitrah kau. Senang cerita kau cuba untuk menipu diri kau sendiri even hati kau nak kepada kebaikan tu.."

"UKM, sila awasi langkah anda.." komuter akhirnya tiba di stesen UKM. Beg plastik barang yang dibeli tadi dicapai.

"Siapa yang hipokrit sekarang?"

Aku berjalan keluar dari komuter, meninggalkan dia dengan senyuman yang sinis.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...