Friday, June 13, 2014

Kes Zarina dan Teoh. Satu pengajaran.

Mutakhir ini kes yg melibatkan isu akidah umat Islam sering diputarkan dalam media baik media massa mahupun media sosial. Akidah umat Islam kini bagai digugat dan direnggut dengan mudah. Yang lahirnya Islam tidak mengaku Islam malah mengamalkan ajaran yg menyimpang dari Islam.

Dikala polemik ini tercetus maka mulalah sekalian umat yang punya kepentingan melatah tanpa halatuju. Para Islamis mula memanaskan keadaan mengatakan akidah cuba dirosakkan musuh. Para liberalis bangkit mempertahankan hak atas nama kebebasan. Sibuk berbalah dan menghentam.

Isu ini bukan isu baru. Sekitar 2003-2005 kita dicabar dengan kes Lina Joy, seorang muslimah yang menukar agamanya utk mengahwini seorang kristian lalu memohon untuk membuang title 'Islam' pada IC. Bagaimana seorang yg dibesarkan dengan cara hidup Islam akhirnya tewas di tangan seorang lelaki Kristian. Membuat mata para umat Islam terbeliak walaupun cuma seketika. Biasalah para Meleis lepas diketuk marah sekejap bila hilang sakitnya lupa semula. Bagaimana pula dengan isu Siti Fatimah Tan Abdullah pada 2009, seorang muallaf untuk kahwin akhirnya memohon utk kembali ke agama kerana sepanjang Islamnya tidak mengamalkan cara hidup Islam. Dan sebelum itu kes2 murtad juga berlaku seperti kes Aisyah Bukhari dll.

Menjadi pengajaran buat kita, siapa pihak yang sepatutnya diketuk dalam isu ini?

Dalam kes Zarina, seorang yang lahirnya Islam namun dibesarkan dengan ibunya yang mengamalkan cara hidup Hindu dan tidak mengamalkan cara hidup Islam. Tanpa menukar statusnya yang Islam dari lahir terus mengahwini seorang lelaki Hindu yang seterusnya menjadi polemik apabila majlis perkahwinannya diserbu JAIS, menjadi keriuhan buat seluruh para Islamis dan Liberalis.

Aku tidak melihat isu ini dari serbuan JAIS. Bagi aku isu ini hanya picisan. JAIS hanya menjalankan tugas mereka. Mereka berhak untuk menyerbu majlis itu kerana status Zarina sbg seorang Islam di Sijil Lahir. Manakala para pejuang Hindu juga berhak memarahi mereka kerana merasakan hak mereka dicabul.

Namun isu yang sebenarnya yang patut diambil berat adalah bagaimana lemahnya penguatkuasaan undang-undang sehingga Zarina yang lahir sbg Islam boleh dibenarkan hak penjagaan atas ibunya yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. Tiada sebarang enakmen yg diperuntukkan bagi seorang anak yg lahirnya Islam untuk diberi kuasa atas Mahkamah melakukan sebarang tindakan bagi mempertahankan akidahnya. Kita tertakluk dengan Law Reform Act yang memenangkan para Ibu yang bukan Islam. Jika harini kes Zarina, apakah mungkin selepas ini ada lagi kes sepertinya? Ya! Malah lebih dahsyat..

Bagaimana pula dengan kes Teoh Cheng Cheng? Seorang muallaf yang masuk Islam pada 1997, namun tidak pernah mengamalkan cara hidup Islam sehingga akhirnya mati. Apabila JAIPP menuntut mayat beliau dikebumikan dengan cara Islam berlaku pertikaian yang maha dahsyat sehingga akhirnya diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah beliau bukan Islam dan akan dikebumikan dengan cara asal.

Ini menunjukkan kelemahan penguatkuasa agama dalam menjaga kebajikan para muallaf. Bagaimana mereka tidak mendapat didikan agama dgn sempurna akhirnya mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dan kembali pada agama mereka. Kes Siti Fatimah dan Teoh menunjukkan tiada feedback dr penguatkuasa agama untuk menjaga akidah muallaf, akhirnya mereka kembali meninggalkan Islam. Adakah muallaf sahaja? Tidak, bahkan org yang lahirnya Islam pun. Lihat berapa JAKIM sanggup belanjakan untuk membersihkan nama Cadbury, namun tidak untuk memberi penerangan tentang hukum Islam, perlaksanaan, dan pemantapan akidah muslim. Bagaimana anak2 muda harini didedahkan dengan pelbagai unsur hedonisme tanpa sebarang tindakan untuk memperbetulkan mereka. Bagaimana nasib para gelandangan yang terpaksa melalui berjuta karenah birokrasi memohon bantuan zakat dr Pejabat Agama, namun hanya perlu satu tandatangan sahaja untuk mendapat sumbangan yang lebih lumayan dr Mubaligh Kristian. Mungkin zakat di Malaysia lebih afdhal untuk dibelanjakan dalam kes membela seorang pemfitnah dalam menghadapi tuduhan qazaf oleh musuh nombor wahid pimpinan negara. Kelemahan kita dalam menjaga orang sendiri sehingga mereka akhirnya memilih jalan yang salah, lalu menyalahkan non muslim yang dituduh membenci Islam.

Dalam ketika itu para Islamis sibuk menuntut agar hudud dilaksanakan dengan memancung mereka yang murtad dan meroyan supaya non muslim jangan masuk campur. Sedarkah kita andai kata hudud dilaksanakan sekalipun adakah adil untuk kita memancung mereka dalam masa yang sama mereka menjadi begini disebabkan kelemahan kita? Apakah mungkin di akhirat nanti mereka bangkit lalu mengadu pada Allah mereka menghukumku kerana kelemahan mereka? Lalu apakah jawapan kita pada Allah di akhirat kelak.

Di sini terletaknya maruah Islam. Dalam kita berjuang mempertahankan akidah perlu kita sedari kelemahan kita menyebabkan akidah kita direnggut dan digugat. Semoga kes Zarina dan Teoh menjadi iktibar buat kita dalam membentuk Malaysia yang bertamadun, harmoni, dan sejahtera akidahnya.

Sekadar pandangan 20 sen.

Nazrul Nazir. Madinah Al Munawwarah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...