Hipokrit

Petang itu adalah petang yang memenatkan selepas seharian berjalan. Apa yang ada dalam kotak fikiranku hanyalah katil yang empuk dan nyaman. Kalau boleh kerusi dalam komuter ni pun boleh jadi port yang sesuai untuk 'landing'. Mengenangkan ada awek cun betul-betul kat depan, maka aku lupakan hasrat itu.


Awek cun tadi betul-betul menarik perhatian aku. Wajahnya putih berseri, pakaiannya ala-ala muslimah, masanya diisi dengan membaca Al-Quran di phone nya. Calon isteri mithali gittew..

"Hipokrit kan?"

Sapaan ikhlas orang sebelah mengejutkan aku.

"Dekat tempat public ni takyah tunjuk kita ni alim sangat. Biasa-biasa je. Kita ibadat bukan nak tunjuk kat sesiapa. Riyak tu.."

Aku cuma tersenyum. Sungguh, ramai manusia kini bercita-cita hendak menjadi tuhan.

"Kau tengok, aku tak suka betul kalau orang macam ni. Depan orang alim, mengaji bagai. Kat rumah tah tah solat tah ke mana. Ini semua hipokrit. Aku lagi selesa macam ni. Orang tengok aku macam ni, tapi ibadah aku tu bab aku dengan tuhan. Biar orang tak tahu kita macam mana, yang penting Dia tahu."

Terasa sakit telinga, lalu aku bertanya.

"Bro, bila kau tengok dia mengaji kau rasa apa?"

"Menyampah?"

"Kenapa?"

Diam tanpa jawapan. Aku membalas.

"Fitrah manusia ni mendorong ke arah kebaikan. Dalam hati kau tu, sebenarnya kau mengiyakan apa yang dia buat. Kau tau dia buat tu betul. Dan kau teringin nak buat macam dia."

Sunyi seketika.

"Tapi hati kau bertarung dengan diri kau. Diri kau kata taknak. Kau menidakkan apa yang hati kau nak. Kau menentang fitrah kau. Senang cerita kau cuba untuk menipu diri kau sendiri even hati kau nak kepada kebaikan tu.."

"UKM, sila awasi langkah anda.." komuter akhirnya tiba di stesen UKM. Beg plastik barang yang dibeli tadi dicapai.

"Siapa yang hipokrit sekarang?"

Aku berjalan keluar dari komuter, meninggalkan dia dengan senyuman yang sinis.



Share:

0 perkongsian pendapat