Munajat anak muda Kelantan.. Kami x diperalatkan!!!

Zaman dah berubah, dunia semakin maju. Kerana kemajuan dunia, maka terdapat implikasi di sebalik itu. Dan antara implikasi terbesarnya ialah.....


KESAN TERHADAP GENERASI MUDA!!!!

20hb Mei yg lalu, Kerajaan PAS Kelantan telah mengadakan MUNAJAT ANAK MUDA KELANTAN...
Dan, 11 hari selepas itu, Kerajaan Pusat pula mengadakan HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2011....

Objektif yang sama, tapi...

Perlaksanaannya berbeza...

Nilaikan sendiri, mana yang lebih baik?

Majlis diisi dengan unsur2 kerohanian..


Majlis diisi dgn hiburan..

Anak2 muda disajikan dengan bacaan ayat2 Al Quran


Anak2 muda disajikan dengan hiburan.. (mmg aq minat gak SJ nie, tp dlm bab nie aq  x leyh wat maen2)

Semua hadirin berpakaian sopan...


Hadirin berpakaian bukan mengikut cara Islam, malah bercampur lelaki dan perempuan

Pemimpin bersama dalam bemunajat..

Pemimpin bersama ber... (korang bole teka sdiri, aq xmo kne ISA)



Seriously, niat sebenar aq bkn nak bandingkan 2 program nie.. Tapi aq rase terpanggil bila ada yang mengatakan kami pelajar2 Tahfiz diperalatkan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa program munajat anak muda kelantan ..

Ok, utk pengetahuan semua, sekolah aq antara sekolah yg terlibat dalam program tu. Dan kami sama sekali TIDAK DIPAKSA untuk hadir. Kami diatas rasa tanggungjawab kami bersama-sama ingin menyertai program itu. Kami merasa terpanggil apabila melihat kerosakan dan kebejatan moral yang berlaku di kalangan sahabat2 kami di luar sana. Maka adalah menjadi satu kewajipan kami utk bersama-sama mencegah kemungkaran ini. Dan salah satunya ialah dgn menghadiri program munajat itu.

Kenapa? Apa salah kami? Apakah kerana kami menghadiri Program Anjuran PAS, maka kami dilabel sbg 'barua politik'? Tolonglah. Kami x pernah kesah dan x minat langsong nak amek kesah masalah politik Malaysia yang sekarang nie berada di tahap longkang. Jangan libatkan kami...

Jika anda merasakan bahawa program yang dihadiri kami itu salah, maka bandingkan dengan program Himpunan Sejuta Belia anda. Adakah dengan program berbentuk hiburan itu dapat mengurangkan masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja? Fikirlah...

Inilah dia 'Firaun' di akhir zaman.. Menghalang kebaikan menggalakkkan kemungkaran..
Wahai umat manusia di luar sana, nasihat aq tolonglah jangan jadi seperti 'Firaun' akhir zaman. Jgn menghalang orang melakukan kebaikan. Jika anda benci dgn kebaikan yg kami lakukan, maka sila senyap dan simpan perasaan anda utk diluahkan kpd Tuhan Yang Maha Besar di akhirat kelak. Jangan bawa orang laen join sekaki masuk neraka dgn ko. Ade paham!!!

P/S: Emo terlebeyh...

Share:

0 perkongsian pendapat