Hargailah anugerah Allah !!



Di malam yang hening...

Seorang wanita sedang berjalan, menuju ke satu arah yang gelap...

Di tepi lorong... yang busuk, gelap dan hening..

Kelihatan wanita itu sedang berjalan.. dlm keadaan tidak bermaya..

Dan dye membawa sebuah bungkusan beg plastik hitam...

Ape yg ade dlm beg plastik itu???

Lalu, wanita tadi menuju ke arah... sebuah tong sampah hijau..

Yang penuh dengan sampah, lalat, dan langau...

Bungkusan plastik hitam tadi diletakkan di situ...

Lalu.. dye pergi dengan tanpa rasa bersalah.. walau di wajahnya terpalit seribu keresahan..

..........................................................................................................................

Esoknya,

Ya Allah!!!

Seorang bayi yang cukup sifat ditemui mati di tong sampah tadi..

Rupanya dlm bungkusan tadi adalah..

ZURIATNYA SENDIRI!!!.....


Bayi malang itu x sempat menghirup udara segar ciptaan Illahi..

X sempat utk membesar sebagai mu'min yang sejati..

Malah, x sempat mengenali.. ibu bapanya sendiri...

Kenapa? Apa dosa bayi ini?

Adakah kerana dosa ibu bapanya, maka dye x layak utk hidup di muka bumi Allah ini?

Apa yang dye buat sehingga diperlakukan sebegini??

Siapa ibu bapanya? Manusiakah? Haiwankah? Malah haiwan pown tahu menyayangi anaknya sendiri..

Bukankah Allah tlh berfirman dlm Surah al Isra’, ayat 31-33, mafhumnya:

Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

Ya Allah.. selamatkanlah kami Ya Allah...

Selamatkanlah generasi kami...

Dari ditimpa malapetaka Ya Allah..

Kerana dosa kami Ya Allah..

Kau Ampunkan dosa kami Ya Allah....


Kau Ampunkan dosa kami Ya Allah....


Kau Ampunkan dosa kami Ya Allah....


Dan kau berilah peluang untuk generasi kami, utk terus hidup..

Sbg insan yg sempurna di muka bumi ini...

Amin....
.................................................................................................................................................

Anak, adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Ada sesetengah pasangan yang dah lama berkahwain, tp xpt sorg pown anak.

Tapi, ade sstgh pasangan, dpt anak dgn cara yg salah, lalu dibuang di tong sampah, diletakkan di tepi jalan, ditinggalkan di tandas awam, dibiarkan di mana2 tempat yg x spatutnya bayi itu ditinggalkan..

Ape salah bayi itu? Kenape dye x layak utk hidup?

Sudahlah melakukan satu dosa besar, kini tambah satu agy plak..

Ya Allah.. pe nak jadi generasi2 muda skunk...

Cube bace berita nie..


17,303 anak luar nikah didaftar 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Sumber : Berita Harian (21 Mac 2010)

Masya Allah, beratnya...

Sebenarnya hukum membuang anak sudah disahkan terang-terangan sebagai haram..

Cuba tgk balik dalil di atas, Allah berfirman diharamkan membunuh anak sekiranya kamu takut akan menjadi miskin. Ayat ini diturunkan semasa zaman Rasulullah S.A.W dimana pada zaman itu antara perbuatan umat Jahiliyyah adalah membunuh anak2 perempuan kerana dianggap memalukan keluarga dan membunuh anak2 lelaki kerana takut akan menjadi miskin..

Itu membunuh dgn sebab.. 

Bagaimana anak2 muda kita pada hari ini? Bunuh atas sebab apa? 

Takut miskin? Tidak..

Takut malu? .. benar.. malu akan kesalahan mereka..

Mereka malu kepada manusia.. Mereka takut malu di dunia..

Tapi, mereka tidak malu kepada Allah..

Hargailah pemberian tuhan... 

Jangan kerana kesilapan kita.. anak yg x berdosa menjadi mangsa..

Mereka layak untuk hidup, membesar sbg khalifah di muka bumi ini..

Cukuplah dgn satu dosa kita, jangan ditambah lagi..

Kelak x tertanggung di akhirat..

Fikir-fikirkanlah...

P/S : Artikel ini ditulis slps aq tgk cter Imam Muda (ulangan) episod yg.. ntah ke baper ntah.. Bila aq tgk dyorg mase pergi ke tempat yg ade bayi dibuang.. aq rase sebak. Sebak tgk bayi yg x berdosa tu.. Lalu aq rase terpanngil utk menulis artikel ini.

Share:

0 perkongsian pendapat