Friday, April 29, 2011

Puisi Cinta


Cinta itu,
Ibarat mawar yang berduri,
Indah ditatapi, indah dirasai,
Tetapi andai tersilap mampu melukai...

Cinta itu,
Indah sekali..

Namun,
Adakalanya,
Ia bukan milik kita abadi....

Semuanya kerana cinta,
Kerana cinta,
Semuanya sanggup dihadapi,
Kerana cinta,
Onak ranjau ditempuhi,
Kerana cinta,
Lautan api direnangi..

Tapi sayang..
Kerana cinta juga..
Ramai yang hanyut..
Jauh dari Rabbul Izzati...

Kerana cinta juga,
Ramainya isteri yang hamil tanpa suami,
Kerana cinta juga,
Ramai yg belum ajal sudah mati..
Kerana cinta juga,
Muda mudi terumbang ambing tanpa visi,

Carilah cinta hakiki,
Bukan cinta fantasi,
Kerana cinta hakiki itu,
Bukan tempatnya di sini,
Tapi di alam akhirat yang abadi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...