Sampaikan Raya



Bagi menyambut ketibaan Aidilfitri yang akan menjelang tiba tak lama lagi, maka post ini adalah ditujukan khas bagi insan-insan yang terlibat secara langsung and tidak langsung dalam mengukir corak pada kehidupan insan yang serba serbi kureng ini.. Sesungguhnya ucapan hari raya ini tidak menjadi perfect tanpa kehadiran korang… :)

Nota: Post ini adalah luahan yang lahir dari hati yang tulus dan mulus… So, sebarang kegilaan dlm post ini wat donno jer la ye :)

Mama n Abah: Nothing in the world can be compared with u.. Mama dan Abah adalah segalanya bagi Along.. Along minta ampun minta maaf zahir dan batin.. Sesungguhnya banyak dosa dan noda yang diconteng oleh anakmu ini yang akhirnya terpalit di wajah halus dan sucimu.. Halalkan segala makan minum serta segala kasih sayang yang mama dan abah curahkan buat Along. Sesungguhnya jasa kalian tidak mampu Along balas, hatta jika Along bisa menghadiahkan sebuah mahkota bertatahkan emas dan berlian di syurga kelak, itu masih belum mencukupi 1% dari kasih saying yang kalian curahkan.. Maafkan anakandamu ini dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Doakanlah agar Along dapt menggapai cita2 menjadi insan yang berguna dan menjadi kebanggaan kalian.. InsyaAllah

Kakak n Adik: Susah untuk digambarkan melalui kata2 namun Abang nak kakak dan adik tau yg Abang stiase sayangkan kamu berdua. Ye Abang mengaku Abang sulungmu ini seorang yang annoying.. Namun fahamilah bahawa keannoyingan ini adalah untuk kebaikan kalian berdua.. Abang tak mahu tengok satu masa nanti kita berpecah, berbeza haluan, dan bersikap who cares.. Abang nk kita jadi satu family yang happening lagi bahagia. Sebab tu kadang-kadang abang bising bile kakak dgn adik tak tolong mama. Bukan niat abang nk compare atau perkecilkan korang cume abg ternanti-nanti bilakah akan hadirnya kesedaran dalam diri kalian. Maafkan segala keannoyingan abang selama 13 dan 15 tahun korang kenal abang di dunia ini. Semoga Allah dapat menyatukan hati kita agar kita satu family dapat menuju mardhatillah InsyaAllah…

Cikgu2 n Ustaz2: Anda adalah segalanya buat diri ini.. Selamat hari raya buat semua guru2ku especially ‘ayahanda’ku Ustaz Lan, Cikgu Nasir, Ustaz Mun’im, Ustaz Ilmam, Ustaz Hadi, Ustaz Salman, Ustaz Yusri, Cikgu Joe, Cikgu Firdaus, Teacher Ily, Teacher Bie, Teacher Nad, Ustazah Noraini dan lain2 yang x dpt disebutkan di sini.. Jasa dan bakti kalian dalam mendidik insan yang lemah ini terlalu besar dan tak mampu den membalehnye. Ampunkanlah salah silap anak muridmu ini dari hujung rambut hinge hujung kaki.. Maafkan segala kata2 gurauan kasar atau ayat pedas menghiris kalbu yang terkeluar dari lidah ini.. Doakan kejayaan anak muridmu ini dlm peperiksaan SPM 2012 yang bakal menjelang..

My Form 5 MTS Frenz: U’all reallly2 awesome… Selamat hari raye maap zahir dan batin. Ampunkan segala salah silap aku dengan korang selama 5 tahun aku kenal korang. Maaflah sbb aku xleh nk mention nme sesape kat cnie.. Sebabnya aku tak boleh nak bezakan sape kawan baik sape kawan biase sbbnye dlm hati aku smue baik… Maafkan aku andai korang pena terguris dgn mulut aq yang laser tahap cipan dan andai korang pena terasa dgn style sound direct aku.. Aku stiase menyayangi korg dunia akhirat Lillahi Taala…. Aku tak pena simpan dendam kat korang walau sapepown.. Ketahuilah bhawa aku stiase mndoakan kejayaan kita agar dpt kite same2 mnuju ke menara gading dan dapat berbakti untuk Islam InsyaAllah.. Tolong doakan kejayaan aku..

My frenz ex-JEPS 2007 n ex-MOKHDARian 5/12 2012 : Seriously aq rindu korang sangat2.. especially my JEPS besfren Aizat, Faris n Raja dan juga my Geng Kepala Sungai MOKHDAR Afiq, Hazim, Latip, Am, Adib, Micki, dll.. Memang aq nak sgt jumpe lepak skli spend time dgn korang tapi korang taulah aq tkder mase.. Dgn kerja yang menimbun dgn SPM sgale bagai mmg membataskan aktiviti cuti aq.. Aq mintak map sgt2.. Ampunkan dose aq dr hujung rambut sampai hujung kaki slame aq kenal korg.. InsyaAllah kite jumpe lps SPM.. :)

My ‘someone special’: Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Even you didn’t know that u’re exist in my life but I wanna tell you tht I love you so much… Malangnya aq x brani nak luahkan smue perasaan tu pada kau.. Ko sdiri tahu kan prinsip hidup aq yg pena aq cter dlu (sape yg aq pena cter dye taw la :P) dan aku takkan gadaikan prinsip aku.. Seriously aku terlalu menyayangi kau, namun perasaan itu harus ku sembunyikan kerana ada tanggungjawab yang lebh besar di bahuku yang perlu aku selesaikan.. Cukuplah kita hanya sekadar kawan dan jika benar ada jodoh kita maka biarlah Dia yang tentukan.. Ampunkan segala kesilapan dan kesalahanku padamu samada aku sedar atau tidak.. Semoga kita dapat bersama-sama menuju ke mahligai kasih dgn Redha dan Cinta-Nya..

Lastly 4 all u guyz yg mengenali diri ini, aku mohon ampun minta maaf zahir dan batin.. Semoga anda semua menyambut kemeriahan Aidilfitri ini dgn penuh bahagia bersama yang tersayang..

“Syawal untuk dihayati, bukan sekadar dirai”

Sekian…

Share:

0 perkongsian pendapat