Masalah!!


Assalamualaikum.. achooom!! Allah-lah, dah berhabuk dah blog aq nie.. cam biasa lah, lama dah tak update.. busy jerk memanjang. Lagi2 tahun nak SPM nie, memang orang kata study cam tak cukup tanahlah...

So now I'm back.. To my teratak 'terchenta'. Nak bersihkan sawang-sawang ni dulu.. :)

Okeyh, tipulah kalau aku cakap takde story sepanjang berbulan-bulan aq tak hapdet blog aku nie kan.. Hehe, ade jer story-mory.. Tapi kalau nak cerite sume berkajang-kajang nak habes..

So hari nie aku cume nak habaq mai satu story, berkaitan masalah..

Semua orang ade masalah, pendek kata setiap manusia yang hidup atas muka bumi Allah ini mesti ada masalah. Bahkan kita kat kubur nanti pun ada masalah.. Bermakna tiada manusia yang boleh terlepas dari masalah..

Namun, atas kita sendiri bagaimana kita nak menghadapi masalah-masalah yang datang pada kita. Masalah ini boleh diibaratkan sebagai bom. Kalau kita pandai guna, dia akan jadi satu pengalaman berharga yang boleh digunakan untuk kita meneruskan kehidupan kita, tapi kalau salah.. adoih.. Memang menyesal sepanjang hayatlah.

Tapi kan.. kadang2 bila kita dilanda masalah, sometimes ia akan memberikan kita suatu impak tekanan yang hebat. Sampai kita tak boleh nak study, nak buat kerja hapelah...

Sebenarnya setiap masalah yang datang adalah untuk mematangkan kita. So apa nak stress? Hadapi je lah.. Life must go on..

Allah itu tidak akan menduga hamba-Nya dengan sst yang tak boleh dye tanggung. Semakin besar masalah yang kita hadapai, maka semakin kuat keimanan kita. Hah, itukan janji Allah?

Satu cara untuk kita tenangkan diri kita apabila kita menghadapi maslah ialah think positive. Yakin bahawa setiap pekara pasti ada jalan penyelesaiannya. And then jangan sekali-kali lemah dan jatuh. Krn jika anda gagal menghadapi masalah bererti anda gagal untuk hidup..

So sampai di sini sahaja.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum.. :)

p/s: Teringat pesanan dr sorg sahabat menyatakan jangan sekali-kali minta kat Alah supaya dikurangkan segala masalah yang dihadapi, kerana itu hak Allah utk memberi masalah pada kita. Yang seharusnya kita lakukan ialah minta kpd Allah supaya ditambahkan keimanan kita utk menghadapi segala masalah dan ujian yang mendatang :)


Share:

0 perkongsian pendapat