Anjakan paradigma


Anjakan paradigma.. Aq sendiri x taw knape aq tulis artikel nie. Tapi hati aq meronta-ronta untuk aq cuba sampaikan apa yang tersirat di kotak fikiranku.

Aq sendiri tak faham. Entah dari mana kekuatan yang datang untuk menggerakkan hati aku menyusuri jalan ini. Aku rasa macam aq sendiri belum cukup layak untuk menjadi seorang muslim yang baik, apalagi menyeru orang untuk menjadi baik.

Peristiwa ini bermula selepas aq ditegur oleh seorang sahabat seperjuangan yang agak senior dalam organisasi Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) sekolah aq. Beliau menasihati aq supaya aq cuba mengubah penampilan diri aq. Oleh krn pada tahun ini aq sudah mula tampak menonjol dalam organisasi BADAR.

Aq terfikir sendiri, ada benar kata-katanya itu. Aq menyeru rakan-rakanku ke arah kebaikan, namun sikap aq sendiri banyak yang masih kurang elok dipandang. Lalu apa guna aq menegur mereka? Bukankah aq pun sama saja, bahkan lebih teruk?

Dalam terkapai-kapai aq cuba mencari hidayah, lalu Allah mempertemukan aku dengan apa yang aq cari. Bermula dengan teguran seorang sahabat, lalu aq tergerak untuk membaca sebuah majalah yang santai namun mengandungi unsur tarbiyyah yang berkesan.

Bagai satu tsunami yang merubah pantai dalm jiwa, kini baru aq sedar. Selama ini aq merasa kekosongan di jiwa. Walaupun zahirku sentiasa dipenuhi dengan lafaz Kalamullah, namun batinku bagai kosong dari hidayah-Nya. Selama ini aq merasakan diri aq sudah cukup perfect, sudah layak digelar muslim yang kamil dan syumul, namun hakikatnya, hanyalah bagai tin air gas yang kosong, tinnya rapuh isinya nihil.

Maka kini bermulalah satu anjakan paradigma, untuk aq mengubah diri, kerana tugas sebenar aq sebagai seorang hamba iaitu menurti segala perintah-Nya dan menyampaikan kepada seluruh manusia.

Walau begitu, aq masih merasa diri ini begitu kosong. Aq merasa aq x cukup layak untuk bersama menyeru manusia kepada kebaikan. Aq hanyalah seorang insan yang serba serbi kekurangan. Namun aq harus lakukan jua, kerana matlamatku hanya satu, untuk mencapai redhaNya.

Ya Allah, kau tetapkanlah imanku. Kau kurniakan aku ketabahan dan istiqamah dalam memperjuangkan agamamu.

Amin Ya Rabbal Alamin...


“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”-Hassan Al Basri

Share:

0 perkongsian pendapat