CeRiTa HaTi!!

Setiap manusia xkn lali dr melakukan kesilapan. Ya, tiada manusia yg ma'sum kcuali junjungan besar Muhammad Rasulullah SAW. Malah, perkataan manusia itu sndiri bermaksud pelupa!!!

Sedarkah kita, tiap kali kita melakukan dosa dan kesalahan, akan timbullah rasa resah, rasa gelisah, dan rasa x senang dalam hati kita. Dari mana lahirnya perasaan ini?

Sebenarnya, stiap kali kita melakukan kesilapan maka bererti kita telah melanggar fitrah hati kita. Fitrah hati yg secara lahiriahnya bersifat cintakan mahmudah dan bencikan mazmumah. Hati kecil ini sentiasa berkata benar. Lalu hati ini berasa x senang apb jasadnya melakukan maksiat terhadap Penciptanya. Dia x tega utk menerima kemurkaan Tuhannya. Hati ini akan memprotes tindakan tuannya. Fitrahnya akan menjerit. Maka jeritan btin itulah yang mampu mengheret jiwa pemiliknya ke kancah keresahan.

Seringkali kita dapat menutup bangkai kesalahan kita dengan nyiru penipuan. Tidakkan ada ssiapa pown yg akn mengetahui dosa yg telah kita lakukan. Ibu bapa, guru2, mahupun sahabat handai, waima org yang paling rapat dgn kita sekalipown. Namun ironinya, mampukah kita menipu hati kita sendiri? Manakan mungkin kita dapat menafikan kesalahan kita dari hati kita sendiri...

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadisnya yg sahih apb Baginda ditanyakan mengenai apa itu dosa. Baginda menjawab: "Dosa ialah sst yg menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka org lain melihatnya."

Justeru itu, jgn dilawan fitrah hati ini. Fitrah hati ini adalah kurniaan Allah, jika ia disemai dgn baja keimanan dan selalu disiram dgn ketakwaan, maka segala nikmat dan keindahan di Akhirat sbg maharnya. Namun jika ia dibiar dan diabaikan sehinggan menjadi layu dek kerana ketandusan ibadah dan iman, maka kesengsaraan dan azab sentiasa menunggunya. Dosa itu diibaratkan sbg nikotin dlm diri manusia. Kelazatan nikmatnya hanyalah bersifat sementara, namun natijah dan akibat yg tersembunyi di dalamnya amat seksa dan merbahaya.

Seringlah bertanya pada hati. Apa dosa kita pada hari ini? Adakah ada insan yang terasa hati dgn kelakuan kita? Apakah hidup kita pada hari ini dilimpahi keredhaan Allah atau sebaliknya? Hati kecil ini xkn berbohong, ssghnye dialah hakim yg paling adil buat diri kita. Lalu kembalikan semula diri kita pd Pemiliknya. Kerana dialah sebaik-baik pencipta.

"The hardest battleship is when u're against urself"



nckeyz95@1100:26092011 MTS

Share:

0 perkongsian pendapat