Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!

Ramadhan datang lagi!!

Akhirnya, setelah 11 bulan meninggalkan kita, Ramadhan kembali menemui kita semula. Huhu.. Sekali lagi, kita berpuasa...

Akhirnya, tibalah semula..

Solat tarawih
Sahur pepagi bute (nie aq malas nieyh.. hehe)
Berbuka puasa
Qiamullail (azam baru nie.. hehe)
Tadarrus.
Moreh (huh?)
Mercun (hah?)
dan... err.. pe agy yg kait dgn Ramadhan ek?

Kalau nak citer pasal fadhilat ramadhan al mubarak nie, memang berjela-jela sampai sahur sok pagi pown x abes. Lagipun, kowank semua (yg beragama Islam nie) pown da tau an. Memang banyak keberkatan pada bulan seribu berkat nie.

Tapi, kalau setakat bulan je berkat, kita nie xnak kejar berkat tu ape gune dak? Inilah masanya utk kita 'top-up' kan pahala kita. Hadis Rasulullah SAW:

Daripada Abu Hurairah R.A menyatakan, telah bersabda Rasulullah S.A.W: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi

Apa yg dapat dlm hadis ini ialah:


1. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

Xmo cakap banyak, cuma nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat beribadah sepanjang bulan Ramadhan ni. Semoga Ramadhan ini menjadi ramadhan yg bererti buat diri kita.


p/s: asal dekat2 nak pose nie aq rase cam malas nak blogging ha? huhu...


Share:

0 perkongsian pendapat