Wednesday, February 29, 2012

Let it go!!


Sometimes we had to let sumthing that we want most..
Begitulah hukum karma. Segala yang ada di dunia ini bukan milik kita. Andai ditakdirkan kita pemilik dunia ini sekalipun, kita takkan mampu menguasai semuanya.

Kita selalu mengimpikan yang terbaik dalam hidup kita. Namun, segala perancangan kita adalah terletak pada perancangan-Nya. Kita tidak lain hanyalah seorang hamba yang khilaf dan lemah, yang sentiasa mendambakan kekuasaan-Nya dan keampunan-Nya.

Hakikat yang tidak bisa kita sembunyikan, kita akan kecewa dan terus kecewa apabila sesuatu yang kita inginkan itu tak dapat kita capai. Namun sebenarnya, Dia sedang merancang yang terbaik buat diri kita. Mungkin bukan sekarang, namun lambat-laun pasti akan terbongkar jua hikmah di sebaliknya.

Sedarlah, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Gagal dua kali itu adalah pengubat kesilapan kita. Kejayaan itu adalah milik kita, andai kita terus berusaha dan terus berusaha. Kerana Dia telah menyediakan kejayaan yang besar buat kita, yang mana jika bukan di sini mungkin tersimpan di akhirat sana.

Allah itu Maha Adil.. Dia Maha Adil!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...