Kerana Seekor Nyamuk!


Nyamuk, seekor haiwan yang kecil yang diklasifikasikan dalam kumpulan serangga. Nama saintifiknya cullicidae. Serangga ini kecil, tak sampai sebesar ibu jari pun. Dahla kecik, lembik lak tu. Sekali tampar terus mampos.

Namun siapa yang sangka, nyamuk yang sekecil itu boleh membawa impak yang sangat besar buat manusia? Misalnya nyamuk aedes boleh membawa penyakit demam denggi dan chikungunya. Nyamuk betina anopheles boleh menyebarkan parasit protozoa plasmodium yang membawa penyakit demam Malaria. Itu belum lagi campur dgn penyakit Japanese Encephalitis (J.E) yang disebabkan oleh nyamuk Culex.

Itu dari segi  penyebaran vektor. Dari segi lainnya pula, nyamuk juga mengundang banyak masalah. Misalnya, nyamuk selalu mengganggu ketenteraman orang awam, terutama pada waktu malam. Ini boleh dilihat dgn ketara pada sekolah2 berasrama yg dekat dengan kawasan hutan (par exemple sekola aq lah!!). Nyamuk2 telah berjaya mengganug tidur lena mereka di waktu malam hingga mengakibatkan mereka semua terpaksa qada' tidur dalam kelas keesokan harinya....

Walaubagaimanapun, nyamuk2 ini juga ade kelebihannya. Setiap yang allah cipta itu pasti ada manfaat buat kita kerana mustahil dia menciptakan perkara yang sia-sia. Dengan kehadiran nyamuk, ia memberi petanda kepada manusia bahawa kawasan persekitaran mereka kotor dan banyak sampah yang menyebabkan air bertakung, sekaligus mendidiki mereka supaya menjaga kebersihan. Yelah, kan itu sifat manusia sejak azali. Sudah Terhantuk Baru Tergadah. Lepas tergadah terus lupa, pastu terhantuk balik, dan begitulah al seterusnya..

Dan most important, nyamuk yang aktif menghisap darah manusia pada waktu malam akan menyebabkan manusia itu xleh tertidur, seterusnya menyebabkan insan malang tersebut mencari alternatif laen di waktu pagi2 buta itu dgn berqiyamullail di masjid atau surau. X pown kat rumah jerk.. Haha, jgn pandang rendah dgn nyamuk, diorg pun senanyer dai'e jugak au..

Kesimpulannya, jgn kita hina sekecil2 nyamuk itu. Walaupun hakikatnya dia adalah serangga perosak yang lembik, namun impaknya amat besar buat manusia.

Dan kita juga harus jadi spt nyamuk. Walau sekecil mana pun kita, kita mampu utk membawa perubahan dlm masyarakat. Jgn sskali rasa diri lemah dan x berguna. Sekecil2 nyamuk mampu membunuh beribu2 orang au (bukan aq suro korg bunuh org lak!!)

Sekian, Adios Amigos...

p/s: Dear inche nyamuk, tolong jangan kacau aq tido ea.. Aq nak SPM taon nie.. Perlukan rehat secukupnya utk focus PnP dlm kelas..  Cyan lah kat aq.. :P

Kalau ko kacau aq jugak, aq panggil abg ketul nie bunuh kau.. Wahahah!!!




Share:

0 perkongsian pendapat