Let it go!!
Sometimes we had to let sumthing that we want most..
Begitulah hukum karma. Segala yang ada di dunia ini bukan
milik kita. Andai ditakdirkan kita pemilik dunia ini sekalipun, kita takkan
mampu menguasai semuanya.
Kita selalu mengimpikan yang terbaik dalam hidup kita.
Namun, segala perancangan kita adalah terletak pada perancangan-Nya. Kita tidak
lain hanyalah seorang hamba yang khilaf dan lemah, yang sentiasa mendambakan
kekuasaan-Nya dan keampunan-Nya.
Hakikat yang tidak bisa kita sembunyikan, kita akan
kecewa dan terus kecewa apabila sesuatu yang kita inginkan itu tak dapat kita
capai. Namun sebenarnya, Dia sedang merancang yang terbaik buat diri kita.
Mungkin bukan sekarang, namun lambat-laun pasti akan terbongkar jua hikmah di
sebaliknya.
Sedarlah, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.
Gagal dua kali itu adalah pengubat kesilapan kita. Kejayaan itu adalah milik
kita, andai kita terus berusaha dan terus berusaha. Kerana Dia telah
menyediakan kejayaan yang besar buat kita, yang mana jika bukan di sini mungkin
tersimpan di akhirat sana.
0 perkongsian pendapat